Wednesday, January 17, 2007

Semalam sudah terasa seperti sudah menjadi suami orang pula bila Aida asyik menghubungi aku semalam demi menyelesaikan masalah “project paper” iaitu perkara terakhir demi melengkapkan diploma Pengurusan Sumber Manusia. Semuanya kerana undang-undang baru yang dicipta oleh MIHRM yang tidak membenarkan pelajar memilih penyelia sendiri seperti dahulu. Sudah berapa kali aku ingatkan lulusan Sarjana Muda ITM ini supaya menyiapkan “project paper” seberapa segera sebelum “mood” hilang kerana peperiksaan yang sudah tamat. Namun pelbagai alasan yang diberi seperti sibuk dengan kerja, melancong ke Hanoi & Amerika Syarikat, menjaga ibunya yang sakit dan yang terbaru ialah “mood” hujung tahun walaupun sudah setengah purnama berlalu, cuma alasan sibuk menyiapkan hari pertunangan sahaja yang belum diberi. Maka idea aku untuk menyelesaikan masalah tersebut ialah supaya dia berkahwin sahaja dengan aku supaya aku sentiasa ada di sisi membantunya menyiapkan segala tugasan. Bagi aku jika dilihat dari sudut ekonomi mikro dia dapat menjimatkan bil telefonnya namun ditolak mentah-mentah kerana katanya aku dan dia umpama langit dan bumi.

3 comments:

Anonymous said...

siapa langit....siapa bumi? I think.....

Anonymous said...

Kalau macam tu la perspektif perempuan kat kau, sampai ko tuo lah ko x kawen,isk,isk,isk, kesian.....

Farrah Aida Arris said...

"disturbing" comments from anonymous i always personally consider them all coward and "chicken". hehe. relax bro, you're fine. - farrah-