Monday, February 12, 2007

Aku tidak pasti adakah Zafrul sengaja melewatkan perjalanan ke KLIA menyambut kepulangan Renee daripada Gunung Aconcagua Argentina setinggi 6959 Meter atau cakap melayunya bersamaan dengan 2 kali ketinggian Gunung Kinabalu. Ini kerana aku dipaksa berlari daripada tempat meletak kereta hingga ke balai ketibaan kerana kapal terbangnya sudah mendarat, atau ini mungkin adalah satu bentuk latihan untuk larian 42 km agaknya. Kalau melihatkan cara aku berlari dengan pakaian pejabat itu sudah tentulah ramai yang menyangka bahawa aku sudah ditinggalkan kekasih dan jika bernasib baik mungkin ada awek yang mahu menjadi adik angkat aku. Walaupun Renee yang pergi atas tajaan PRIDE gagal sampai ke puncak kerana cuaca yang buruk namun sikap positifnya bahawa nyawa itu lebih penting dari segala-galanya harus dipuji. Pelik juga “altitude sickness” langsung tidak menjadi masalah kepadanya walaupun sudah berada di tahap kekurangan oksigen di tempat tinggi. Ini kerana “altitude sickness” sudahpun menjadi sedikit masalah kepada aku di puncak Korbu dan kepada sesiapa memikirkan untuk ke Aconcagua walaupun mendapat tajaan, lebih baik rasanya masalah “altitude sickness” ini di selesaikan dahulu.

5 comments:

Anonymous said...

En Wafi, ko jangan lah buat2 lupe kat kita orang plak time dapat share nanti,'share2' lah dgn kita orang yg dapat share ciput ni yer...huwaaa...

Anonymous said...

Maswafi

Bahasa kamu di tingkat yang agak tinggi.
Kalau tidak benar-benar menelaah sukar juga untuk memahami.

Cuma kadang-kadang terdapat penggunaan "di" yang tidak tepat
Kerana sepatutnya didekatkan apabila diikuti dengan kata kerja dan dijauhkan apabila diikuti dengan kata nama seperti tempat, masa dan jarak.

-nafastari

Maswafi Abd Samat said...

Terima kasih, insyaallah lepas ni aku pi cari buku tata bahasa dewan, aku rasa patut mengaji balik benda ni, banyak dah lupa cuma sekarang matlamat aku hendak mengurangkan perkataan pinjaman bahasa inggeris.

Anonymous said...

ish susah lagi nak belajar bhs tambah2 dah tua ni kan abg mas ;P

Maswafi Abd Samat said...

Ish apa pula susah nak belajar mengayat perempuan lagi susah