Yang paling untung ialah Encik Fadhli dan Encik Azam
Semalam telah berlaku perbincangan untuk diadakan "pot-luck" dalam masa kurang daripada setengah purnama namun nampaknya ramai yang melahirkan perasaan tidak puas hati kerana terpaksa mengeluarkan belanja atau tenaga yang lebih kerana cabutan jenis makanan yang mewah tapi jabatan yang mempunyai pekerja yang sedikit. Namun yang terloncat kegirangan ialah Encik Fadhli dan Encik Azam kerana hanya perlu membeli pinggan dan mangkuk pakai buang, itupun mereka terfikir untuk berjimat cermat setelah duit gaji mereka yang telah dihabiskan semasa menyambut Hari Raya dengan meminjam pinggan mangkuk dari kedai Abang Lebai. "Pot-luck" bila aku rujuk kepada Kamus Dwibahasa Oxford Fajar tidak membawa maksud selain “apa saja yang disediakan untuk satu-satu hidangan”. Bila difikirkan kamus itu telah tersalah cetak, aku cuba pula merujuk kenangan semasa aku berada di sekolah rendah dimana Ustazah Hamidah menyuruh kami membawa “apa sahaja makanan” untuk dikongsi bersama dan mungkin untuk mengelakkan pertindihan kami berbincang sesama sendiri untuk apa yang akan dibawa. Pernah juga kami membuat "pot-luck" sebelum ini tapi tidak pernah pula timbul isu sebegini, bila diimbas kembali menu makanan yang dihidang ia adalah makanan yang mudah dibuat ataupun dibeli dan yang pasti setiap tahun aku ditugaskan membeli lemang empat batang di Masjid Taman Medan dan membuat pelbagai jenis air.
1 comment:
Memang teman pun tak menyokong 120%,sepatutnya majlis ni untuk seronok2,tapi dah jadi tak seronok dan tak ikhlas sebab macam 'di paksa', mana boleh macam tu,dan memang membebankan untuk yang terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak sedangkan ada jabatan yang langsung tak mengeluarkan belanja langsung,sungguh tidak ADIL,teman tak tahu lah siapa punya idea,tak releven langsung!Sepatutnya tak payah cabut undi,tetapi tengok kepada kemampuan setiap jabatan,kalau kakitangan jabatan tu paling ramai apa salahnya bagi yang paling tinggi belanjanya berbanding dengan jabatan yang kakitangannya tak ramai,barulah adil namanya..
Post a Comment