Wednesday, February 14, 2007

Akhirnya Nini bersuara juga selepas di kutuk berkali-kali di dalam blog ini namun yang membuatkan aku bengang sedikit kenapa disebut-sebut pokok kelapa itu seperti pendapat-pendapat yang sebelum ini. Kalau hendak di ikutkan sifat kepahlawanan yang ada dalam diri aku, mahu sahaja aku tebang pokok kelapa tersebut kerana cuba bersaing dengan aku. Nampaknya Orang Kaya Nik Shafini dan Orang Kaya Kak Su sedang cuba berbaik-baik dengan aku dengan pendapat yang baik-baik sahaja kali ini iaitu jemputan untuk “berkongsi” bersama keuntungan saham yang akan aku terima. Tetapi yang peliknya kedua-dua Orang Kaya ini lupa menjemput aku “berkongsi” keuntungan saham yang diterima mereka semalam. Orang Kaya Azam juga lagi pelik bermula semalam, kerana bersarapan nasi lemak bungkus lauk sotong dengan mengalihkan ke dalam pinggan atas alasan takut mejanya berminyak, tetapi jika aku yang berbuat begitu dikata sebagai lelaki cerewet kerana itulah membujang sehingga sekarang.

7 comments:

Anonymous said...

uwah nampaknya tersentuh hati abg mas dgn pujian yg melambung dari nini heheh. abg mas, andainya masih mencari, meh sy rekemenkan kwn sy. ada berani tak heheeh?

Anonymous said...

if tak berani, terpaksa lah tebang pokok kelapa tu utk dijadikan sbg spark plug membakar keberanian. agaknya pokok kelapa sebatang mana lah yg malang n bakal dijadikan mangsa keganasan saudara maswafi???mmmm... ;P

Anonymous said...

Aku rasa dia berani tapi ................macam tak berani...............seperti saham UEMWorld lah dia boleh tunggu sampai RM2.80, aku ingat dia boleh tunggu sampai umur (tua dalam kain kut)

Anonymous said...

ninie...saya nak gak...
yg lemah lembut tau..duduk bersimpuh bukan bersila

Anonymous said...

heheh, silalah isi borang dulu, kwn sy ramaiiiiiii yg single heheheh

Anonymous said...

saya pun nak jugak, saya bujang tiga

Anonymous said...

hehehehe