Monday, June 11, 2007

Azam telah menyatakan “kerinduannya” terhadap aku kenapa sudah seminggu tidak mengutuknya dalam blog aku. Sebenarnya sudah seminggu aku tidak bertemu tamadun melainkan Zafrul, pokok-pokok yang menghijau dan sang monyet. Bukannya aku tidak mahu menulis tentang Trans Titiwangsa – (Yong Yap - Korbu) Versi 2 yang harus melalui 15 gunung itu sejak terjumpanya tamadun. Namun sesat di kaki Yong Yap, kebuluran dan hampir maut ditelan kepala air di Batu Leper Korbu hingga menyebabkan kami tersasar dua hari menghilangkan keghairahan aku mahu bercerita tentang gunung buat masa ini. Makcik Mah semasa memberi aku air kelapa buat penghilang panas badan aku kelmarin sudah memberi amaran supaya tidak melakukan pendakian tahap gaban lagi kerana rupa aku tidak ubah seperti seorang suami yang didera oleh sang isteri kerana habis bercalar balar seluruh badan, 3 kuku jari aku pecah dan masih berdarah lagi kaki kanan aku akibat terlalu lama memakai kasut. Bila Kak Su dan Nik Shafini bertanyakan aku kenapa aku perlu berbuat semua ini tadi di Kinik Bahari aku cuma mampu tersenyum kerana menahan kesakitan, sebenarnya ini semua adalah latihan sebelum mendaki dua gunung sebenar!

8 comments:

Anonymous said...

Maafkan aku Tun Sri, aku ingat kita bole sayur Gunung2 tu....last2 kita yg kena sayur. Takpe....ini semua training utk ke Gunung Ledang

Anonymous said...

dah cukup practice ke nak mendaki 2 gunung sebenar tu.....?

Anonymous said...

Amboi..5x...dah pandai dah bercakap psl gunung yg sebenar dah skrg,dah ada calon ker??puteri gunung mana yg dah jumpa tu?Blk dr gunung dah rupa mcm org asli ada ati nak panjat gunung sebenar!!Pergi buat facial n mandi lulur dulu br fikir nak panjat gunung tu ok!

Maswafi Abd Samat said...

Takkanlah dah panjat 15 gunung, x boleh nak panjat 2 gunung?

Jumpa puteri Rajan he..he...

Orang asli pun lawa2 sekarang tau.

Anonymous said...

syukur Alhamdulilah ngko selamat..idak haku tak der da geng panjat gunung lagi
huhuhuhuhuhuhuu... ;)

-aYob-

Anonymous said...

PANJAT GUNUNG SEBENAR LEBIH MENCABAR MENTAL, TAK CAYA CUBA LA.....!

Maswafi Abd Samat said...

Eh! ye ke? tak percayalah!

Yang susah cuma dia boleh lari je. hee..hee... dan gunung yang 15 tu tak pernah lari.

Anonymous said...

Naper aku nampak ko mcm murung masam mcm moody mcm pompuan period jer,dah x mesra alam mcm dulu,kena sampuk ngan puteri bunian ke?Takut dah aku nak tegur ko...