Tersasar jauh aku makan tengahari hari ini hingga ke Jalan Bellamy cuma untuk memakan nasi goreng ayam dan cendol yang berharga kurang daripada RM5.00. Namun kerana Van Damm yang membayarnya aku tidak kisah sangat dan minyak Honda NSR aku pun tidak habis kerana menaiki Honda CRVnya yang baru. Semuanya kerana kerana aku terjumpa telefon bimbitnya yang berharga tiga ribu didalam tandas pagi tadi, kalaulah aku tahu nilainya sebegitu rupa mahu sahaja aku buangkan “sim card”nya dan simpan sahaja telefon bimbit di dalam poketku. Lagipun aku tidak terfikir pula untuk membuka bekasnya jika tidak sudah tentu aku tahu ia adalah sebuah Dopod. Terlalu banyak pertanyaan sampai bila aku mahu berhenti mendaki gunung tidakkah aku perlu mencari dua gunung yang sebenar. Kalaulah mudah jawapannya seperti memakan nestum di Batu Leper Korbu alangkah bahagianya, Wati yang minta dilepaskan dulu pun masih gagal menjawab soalan aku kenapa minta dilepaskan dan aku sudah tidak mahu memikirkan kenapa tiada siapa yang mahu berkahwin dengan aku. Terfikir juga aku mungkin itu lebih baik kerana jika aku kecewa, aku lebih banyak membinasakan diri sendiri.
1 comment:
Alahai...Wafi wat citer cedeh la plak di pagi hari ni...rasa nak nangis la plak,takkan la dah putus asa kot,teruskan mencari,nanti ko akan jumpa jodoh mung,tuhan kan dah tetapkan masing2 mesti ada pasangan,mgkn mung lmbt sket,mung pun bknnya tua sgt pun,mana tau tuhan bg lmbt tp yg baikkk punya!!
Post a Comment