Aku mengambil keputusan menjual Honda C70 yang rosak kepada Muhi dengan jumlah RM300.00 kerana tidak mahu memeningkan kepala menjaga dua biji motor. Makcik Mah merajuk dengan aku agaknya kerana tidak mahu aku menghantarnya ke klinik hari ini menjalani pemeriksaan rutin setiap bulan mungkin segan menaiki Honda NSR aku kerana ditegur seperti anak dara duduk di belakang aku. Dari dulu kalau bab melanggar “kebiasaan manusia” sudah menjadi rutin hidup aku hinggakan Honda NSR itu menjadi motor kebun. Pak Teh yang sedang menoreh pun pening kepala kalau mahu berhujah denganku bila melihat Honda NSR itu diletakkan betul-betul di sebelah pokok getah yang ditorehnya.
No comments:
Post a Comment