Semalam aku membotakkan kepala kerana marahkan kaki aku yang gagal menepati masa 12 minit untuk jarak 2.4 km petang jumaat lepas barulah padan muka aku yang berjerawat ini sudahlah tidak hensem bertambahlah tidak hensemnya. Aku masih tidak dapat lari lagi daripada manusia yang bernama Azam dalam hidup aku di sini kerana teman sebilik aku pun bernama Azam dengan nama timangannya Ajai dan eloklah juga diapun berasal dari Kelantan. Perjalanan pulang ke Sungkai dari sini tidak mengambil masa yang lama kerana terdapat bas Transnasional terus dari Seremban ke Tanjong Malim yang mengambil masa dua jam sahaja yang beroperasi pada jam 9.30 pagi dan jam 3.30 petang. Baru sahaja menambah nilai Hotlink RM 10.00 semalam sudahpun habis hari ini kerana terpaksa membalas sistem pesanan ringkas kawan-kawan yang bertanyakan khabar aku. Farid sudahpun berjaya mengatasi rekod aku tahun lepas sebanyak seminit dengan catatan 2 jam 41 minit untuk Great Eastern 30k hari ini manakala Hailmi dan Nazib sudah semakin baik untuk jarak yang diluar kebiasaan mereka.
1 comment:
HAH? dan botak?? Camna agaknya rupa ko sekarang ni ye?.....
Post a Comment