Tuesday, January 22, 2008

Masih terasa penat hari ini walaupun aku tidur awal semalam dalam jam 10 malam, kerana keletihan mengejar masa di bawah 12 minit untuk 2.4 km. Aku masih lagi gagal untuk kali kedua mencuba dengan kelebihan masa 35 saat, mungkin trek tersebut lebih besa daripada kebiasaan ataupun aku sudah tidak berapa hensem seperti dulu. Entah macam mana asalkan di kelas Puan Suraya aku mesti menjadi koordinator untuk segala tugasan yang di beri hinggakan aku sendiri tidak mampu mengingat apa suruhannya. Pada mulanya terasa tertekan juga tetapi bila difikirkan semua, kenapalah nak berkira dengan bakal mak mentua aku sendiri cuma aku perlu bercakap negeri selepas ini. Tidak sempat aku hendak bertegur sapa dengan Asmah hari ini walaupun duduk di dalam bilik yang sama untuk kelas pedagogi, aku harus cepat meminta nombor telefonnya sebelum di sambar oleh Wan Baling yang sedang memasang umpan. Besok adalah adalah hari cuti bagi kami sempena Thaipusam dan pada hari Khamis adalah bermula episod latihan tahap gaban bagi pengajian kami kerana terpaksa berlatih setiap hari bermula jam 6.30 pagi hingga jam 7.00 petang!.

3 comments:

errieshah said...

WAFI,
Kau sepatutnya kena ambik vit.

Baru ade tenaga.........


Paksu...

Maswafi Abd Samat said...

Aku tak nak kayakan kawan2 aku!

errieshah said...

Terima Kasih...

Syukur! Rezeki Allah

Allah Maha Kaya.....

PakSu