Runsing kepala aku melihat pakaian Azam yang sedang diletakkan di lantai untuk dimasukkan di dalam bag, agak berserabut seperti orangnya. Itu yang membuatkan aku tidak sampai hati melihat dia pulang ke Bachok sementara menunggu keputusan rayuannya dalam dua bulan, nampaknya sekarang ini sudahlah bujang bertambah-tambah bujang lagilah diri aku. Perasaan ini pernah juga berlaku semasa aku bekerja di Taman Desa disaat-saat Azam Orang Minyak mendapat kerja baru di syarikat minyak. Begitulah hidup ini bukannya selalu indah mungkin dia belum pernah melihat realiti di luar sana bahawa untuk mencari kerja yang baik amatlah sukar kerana itulah dia tidak mengambil pusing terhadap pekerjaannya sekarang. Lainlah kawan aku, Syahril cukup mudah naik pangkat itupun kerana sifat pengampunya yang sangat kuat kalaulah aku kuat mengampu macam dia dulu aku rasa silap-silap aku dah jadi bos kepada Fini dan Kak Su. Di masa itu bolehlah aku mengarahkan mereka membuat air minuman untuk aku dan kalau-kalau aku senang bolehlah aku menyuruh mereka mengemaskan meja aku yang selalu bersepah di pejabat.
No comments:
Post a Comment