Thursday, August 07, 2008

Sekarang ini semua orang asyik memperkatakan tentang betapa hampir 70% ambilan Julai telah dihantar bertugas ke Sabah dan Sarawak pada tiga hari lalu. Ia sesuatu yang hampir-hampir mustahil di saat kerajaan Khairy Jamaluddin kehabisan duit. Entah dimanalah agaknya kedudukan aku ini januari tahun depan mungkin ke Ulu Sugut, Ulu Samarahan ataupun Ulu Tembeling jika di hantar ke Pos Gedong ataupu Pos Brook sudah dikira bernasib baik.
-
Manakala dikalangan “runners” semuanya akan bercerita tentang marathon di Seremban yang akan berlangsung pada 24 Ogos 2008. Buat pertama kalinya aku menjadi pelari tuan rumah semenjak tinggal di sini dan memberi saingan kepada “runners” yang datang dari KL. Aku rasa mereka pun tidak sabar-sabar hendak mendengar dari mulut aku dalam kategori apakah yang akan aku masuk samada 11km ataupun 21km, setelah membuat pertimbangan yang tidak waras kerana setahu aku semua “runners” adalah "tidak waras" maka secara rasmi aku telahpun mendaftarkan diri untuk acara 21km.
-
Latihan litar semalam berjaya juga dijalankan setelah beberapa hari merancang betapa ia lebih susah dilaksanakan seperti di atas kertas. Begitulah kadang-kala kita harus meniru kaedah dari barat dalam menentukan sukan yang sesuai untuk setiap individu, dengan cara jurulatih yang menentukan sukan yang sesuai bukannya diri atlit.

No comments: