Sudah masuk hari ke empat aku bermurung di atas katil, badan aku sentiasa panas dan kadang-kala sakit kepala datang menyerang. Itulah akibatnya jika tidak mempunyai persediaan yang rapi untuk memasuki pertandingan marathon hinggakan aku terpaksa melupakan sahaja segala pertandingan yang berlangsung untuk tempoh sebulan untuk memastikan segalanya kembali pulih. Dengan catatan 1 jam 57 minit, aku berjaya mendapat tempat ke 52 untuk Seremban Half Marathon pada ahad lepas cukup untuk meletakkan diri aku kembali kepada kedudukan 100 terbaik. Itupun aku terpaksa berhempas pulas tidak seperti kebiasaaannya dan tekak pula sentiasa kering sepanjang larian. Suasana sangat meriah dimana semua peserta mendapat hadiah cabutan bertuah, pelbagai program di atur supaya penonton tidak jemu dan kedatangan Yang Di Pertuan Besar sebagai perasmi. Disepanjang trek larian mereka menyediakan tiga stesen air, dua stesen span air, pasukan pertolongan cemas, penunjuk arah, dan penunjuk kilometer. Secara keseluruhannya aku memberikan 4.5 bintang kepada pihak penganjur kerana usaha mereka namun aku kecewa dengan sikap pemandu di Seremban yang tidak “sporting” terhadap lalulintas seperti pemandu di KL.
No comments:
Post a Comment