Friday, October 24, 2008
Thursday, October 23, 2008
Sudah pukul 12 malam aku baru sahaja pulang dari pasar besar Seremban membeli sayur untuk majlis solat hajat esok, nasib baiklah ramai yang sudi membantu aku jika tidak sudah tentu aku terkial-kial mengangkat bahan mentah untuk mengisi perut 400 orang. Kaki aku sekarang seperti komputer yang mengalami masalah “intermittent” pula kerana sekejap elok sekejap tidak ini agak menyusahkan aku membuat keputusan ke Gunung Batu Putih jumaat ini. Ubat yang diberi oleh doktor berbaki dua biji dan menasihatkan aku supaya berehat seminggu agar urat di belakang peha kanan aku kembali pulih.
Posted by Maswafi Abd Samat at 2:22 AM 0 comments
Tuesday, October 21, 2008
Bunga
Linda tertanya-tanya siapakah yang keluar daripada kereta hitam suaminya kerana suaminya bukanlah botak kerana ia mempunyai rambut yang ikal. Subhanallah!!! Kenapa ni bang? dia melihat suaminya sudah botak rambutnya sambil memakai baju T putih yang tertera gambar Hello Kitty, entahlah nampak seperti tidak kena langsung penampilannya. Tidak salahkan jika kita satu keluarga menjadi botak? sahutnya tersenyum panjang. Linda terus memeluk Indra tanpa memperdulikan orang yang lalu-lalang di hadapan perkarangan rumah mereka, Linda merasakan dirinya sangat bertuah kerana mempunyai Indra.
Semenjak hari itu dia tidak pernah malu dengan keadaan dirinya tidak pernah menyembunyikan rambutnya yang semakin gugur akibat rawatan kimoterapi. Dia menjadi semakin kuat melawan penyakit yang datang mahu membunuhnya. Jika Indra mempunyai waktu lapang dia sentiasa membawa dirinya berjalan-jalan ke mana-mana tempat yang disukainya yang lebih manis, dia, Indra dan Bunga akan sentiasa memakai baju Hello Kitty menandakan mereka sehati sejiwa. Itulah Indra, lelaki yang sentiasa penuh dengan kejutan dalam hidupnya, lelaki yang tidak pernah putus asa mencintainya walaupun keadaanya sudah tidak seperti dahulu.
“Aku sudah bosan dengan karenahnya, aku mahu kau berhentikannya dengan apa cara sekalipun.” Farouk menambah. Kau tengok tadi semasa meeting dia pengsan lagi dan kita terpaksa buang masa melayan karenah dia dan meeting terpaksa ditangguhkan, time is money, come on Syed, we are running a business not a welfare! Terjahnya pada Syed yang duduk di atas kerusi hitamnya. Ahhh!!! rungut Syed perlahan, “apa-apapun biar aku yang melakukannya, kau jangan buat apa-apa lagi.” Kata-kata itu membuatkan Farouk mendengus dan keluar dari bilik Syed. Di saat ini Syed terperangkap dengan soal kemanusiaan dan keuntungan syarikat yang ditubuhkan bersama Farouk tujuh tahun lalu. Jika dia terus menggaji Linda sebagai Pengurus Perhubungan Korporat yang tidak membawa apa-apa faedah kepada syarikat bermakna dia meruntuhkan segala apa yang dibinanya selama ini kerana bukan sedikit gaji Linda yang perlu dibayar hampir menyamai gaji empat orang Junior Executive. Dia juga mempunyai sejarah yang sangat panjang dengan Linda, mereka belajar di universiti yang sama dan sebenarnya pernah bercinta tetapi dia kecundang dengan Indra. Semenjak itu dia tidak pernah percaya pada cinta lagi, baginya cinta itu sangat kejam hingga hampir-hampir menyebabkan dia berputus asa untuk hidup.
Mariam, panggil Linda jumpa saya sekarang!. Interkom Syed pada setiausahanya. Baik tuan! sahut Mariam. Tidak sampai lima minit Linda sudah berada di hadapannya, bibirnya kelihatan pucat menggambarkan dirinya sarat menanggung barah yang menyerang dirinya. Syed menunjukkan isyarat tangan menyuruh Linda duduk di hadapannya. Linda I rasa you tahu kenapa I panggil you? Soal Syed. Linda mengangguk sayu. I tahu bahawa you banyak berjasa pada syarikat tetapi dalam soal business soal moral atau kemanusiaan bukanlah perkara nombor satu yang penting keuntungan. Syed menambah lagi. Di dalam sampul surat ini terdapat surat yang perlu tandatangani mengatakan you akan berhenti kerja dengan alasan kesihatan, jika tidak tidak mengapa. I tetap akan berhentikan you, dengan bukti-bukti ketidakhadiran you di pejabat, you akan kalah kes ini di Mahkamah Perhubungan Perusahaan. Linda tersentak, matanya agak terjegil.
Dia tahu kebelakangan ini kehadirannya di pejabat agak merosot tetapi tidak pernahkah Syed melihatnya dari sudut kemanusiaan seperti yang mereka perjuangkan dan percaya sewaktu di universiti dahulu. Seolah-olah ini adalah satu hukuman kepadanya, dulu dia meninggalkan Syed kerana beralih cinta kepada Indra yang dilihatnya agak bersesuaian dirinyanya. Dia telah merubah Syed menjadi raksasa yang akan “membaham” orang di sekelilingnya jauh dari sifat asalnya. Ya Allah ampunkan aku Ya Allah!!! bisik hatinya. Dengan wajah sayu dia mengambil sampul tersebut dan berlalu dari situ, sebelum itu dia berkata. “Maafkan aku Syed, jika aku menyebabkan kau bersifat sebegini.” Syed tenang tidak berkata apa-apa hanya memerhatikan Linda berlalu dari situ dan dia meneruskan rutinnya seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Baginya sifat kemanusiaan sudah lama hilang dalam dirinya semenjak dia kehilangan cintanya dan dia sudah tidak peduli apa yang akan dicemuh oleh pekerja terhadapnya.
Daddy bila nak tengok mama? ngomel Bunga yang asyik mundar-mandir dari tadi di ruang tamu. “Sekejap lagi ye sayang” sahut Indra sayu dan dalam kepenatan yang baru pulang dari pejabat. Baginya hidup mesti diteruskan walaupun Linda sakit di hospital, dia perlu bekerja kerana dia masih mempunyai Bunga yang perlu dijaga. Keluarga mentuanya pernah menawarkan untuk mengambil Bunga tinggal dengan mereka tapi dia menghalang, begitu juga dengan ibunya sendiri. Biarlah dia susah tapi mereka bertiga perlu bersama menghadapinya jika dia hampir kehilangan Linda dia tidak mahu kehilangan Bunga. Dia mereneh sup ayam yang amat digemari oleh Linda walaupun dia tahu sebenarnya Linda hanya memaksa diri memakannya kerana mahu menjaga hatinya, sekurang-kurangnya ia dapat memberi tenaga kepada Linda yang uzur. Selesai sudah urusan mereneh sup tadi dia menyiapkanya ke dalam bekas dan mencapai kunci kereta untuk stesen LRT ke hospital bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar di mana hospital itu berada.
Hari itu Indra sangat sibuk dengan application software yang baru dibeli oleh syarikatnya demi untuk melancarkan segala urusan pentadbiran syarikat kerana perisian tersebut dapat menguruskan segala soal cuti, gaji hinggalah kepada bonus pekerja. Walaupun sedang dilanda krisis yang besar dalam hidupnya dia terpaksa juga meneruskan kerjanya seperti biasa dan dia bersyukur kerana mempunyai pasukan kerja yang hebat dan memahami masalah yang ditanggungnya. Tiba-tiba dia menerima panggilan telefon daripada Dr. Sahar yang mahu berjumpanya petang ini, hari itu dia merasakan bahawa kitaran hari terasa lambat seperti yang sepatutnya. “Indra biarlah aku berterus terang, sel-sel barah pada Linda sudah mula merebak ketempat lain, rawatan kimoterapi nampaknya tidak banyak membantu”, terang Dr. Sahar bersungguh-sungguh. “Secara jujurnya aku tidak rasa dia mempunyai harapan untuk hidup lebih dari sebulan berdasarkan analisa dan pemerhatian aku, namun kita harus percaya bahawa nyawa itu ketentuan Allah”, sambungnya sambil bangun dari kerusi empuknya. Dr. Sahar memegang bahu kanan Indra untuk menenangkannya. Di ketika itu Indra merasakan lemah segala anggota badannya rasanya dia sudah tidak mampu untuk hidup lagi. Dalam keadaan penuh longlai dia melangkah untuk melihat Linda di wad 3, dia sudah tidak mampu memberi harapan kepada Linda.
“Oh tuhan kenapa Linda? Kenapa tidak aku sahaja” getus Indra dalam doanya kepada tuhan “Masyallah apa hendak jadi kepadaku sekarang baru diuji hendak menyalahkan tuhan pula”, bisik hati Indra. Dia teringat kata-kata Ustaz Nayan bahawa setiap makhluk dimuka bumi hanya diuji oleh tuhan dengan setakat termampu oleh makhluknya. Dia mengucap panjang di beranda masjid tempatnya berhenti menunaikan solat Asar, kelihatan seorang lelaki membawa bayi kecil dengan memangkunya masuk ke perkarangan masjid. Lelaki itu berhenti sejenak merenungnya lalu menyapa, Indra! sambil tersenyum. Nasir! sahut Indra sambil mereka berjabat tangan. Sambil menyentuh pipi bayi Nasir Indra melontarkan soalan “mana Marsha?”. Nasir mengerutkan mukanya, ibunya telah tiada sewaktu melahirkan kerana “turun darah” dan mulai hari itu akulah ibunya” jawab Nasir sambil tersenyum pahit. "Life must goes on Indra," tambah Nasir. Nasir memohon diri kerana mahu cepat bersolat kerana ada urusan lain, Indra cuma memerhati Nasir menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang hingga sanggup membawanya kemana-mana sahaja. Mulai hari ini dia berazam untuk menerima realiti, dia akan meneruskan kehidupan kerana dia masih perlu menjaga Bunga yang merupakan tanda cintanya pada Linda. Dia perlu hidup untuk Bunga!
Raja Melewar
Posted by Maswafi Abd Samat at 12:55 AM 5 comments
Labels: Cerpen
Sunday, October 19, 2008
Awal-awal pagi aku sudah ke tiga farmasi di mencari “pain killer” kerana tidak dapat menanggung kesakitan di lutut kanan aku, malang buat aku kerana semuanya masih belum dibuka. Glucosamine yang dibeli dengan nilai RM100 masih belum berkesan kerana selalunya ia mengambil masa lebih 2 minggu untuk memulihkan tulang rawan. Itulah “harga” yang terpaksa dibayar oleh aku kerana terkena sindrom “over training” hingga melebihi kemampuan tubuh, bagi aku semua orang ada alasan untuk melakukan sesuatu perkara yang dianggap “gila” oleh sesetengah pihak. Aku dan Tom yang tercedera semasa bermain futsal hanya memanaskan bangku simpanan untuk “road relay” semalam walaupun kami adalah di antara 4 pelari terpantas. Aku betul-betul kecewa kerana sudah berlatih berbulan-bulan pada tahap maksimum cuma untuk melihat rakan-rakan berlari.
Posted by Maswafi Abd Samat at 11:33 AM 3 comments
Labels: Larian
Wednesday, October 15, 2008
Gunung Dato'
Nan panjang dikeratkan
Nan rumping disisipkan
Puncak Gunung Dato” boleh memuatkan lebih 14 khemah “4 men tent” pada satu-satu masa dan jika keadaan terdesak pendaki boleh berkhemah di dalam gua batu di puncaknya ini berdasarkan pengalaman sebenar dimana ia seperti satu pesta kerana terlampau ramai pendaki berkhemah di situ. Aku agak terkilan kerana tidak dapat melihat Selat Melaka seperti yang sepatutnya di ketinggian 2900 kaki dari aras laut kerana kabus tebal. Dari segi sejarah puncak ini pernah digunakan oleh Dato’ Perpateh Puteh Nan Sebatang untuk mengumpulkan ketua-ketua Adat dan mengistiharkan gelaran serta penyandang Dato’ Lembaga pada 1372. Namun aku bersyukur kerana dapat mengabadikan gambar bersebelahan di tapak kaki Hang Tuah yang betul-betul berada tepi gaung di puncak gunung.
Masih banyak yang perlu diperbaiki walaupun ekspedisi ini sangat berjaya iaitu mengenakan yuran yang lebih sedikit dari kos sebenar, melakukan pemanasan badan yang sempurna sebelum melakukan pendakian, membahagikan dua kumpulan mendaki dimana kumpulan di hadapan akan menguruskan keperluan domestik sebaik sahaja sampai di puncak dan mungkin juga kami perlu memikirkan untuk tidak membawa khemah “iglu” dengan digantikan dengan “flysheet” , “groundsheet” dan “puncho” serta membuat gajet tandas khas untuk Wan Baling.
i. Nasi putih, sardin, masak lemak kobis dan kopi “o”. (makan malam)
ii. Cucur bawang/bilis dan teh “o”. (minum malam)
iii. Nasi putih, sardin masa kicap, roti, kaya dan kopi “0”. (sarapan)
iv. Mee segera, roti, kaya dan kopi “o”. (makan tengahari)
Bahan mentah:-
Beras - 4 kilo
Minyak Masak - 1 liter
Gula - 2 kilo
Sardin Besar - 6 tin
Kobis -1 biji (besar)
Ikan Bilis - 2 paket
Gas - 3 tong
Lilin memasak - 8 ketul
Mee Segera - 15 paket
Santan kering - 2 paket
Roti - 3 paket
Kaya - 2 tin
Kos +-RM90.00
Posted by Maswafi Abd Samat at 1:43 PM 0 comments
Labels: Gunung
Tuesday, October 14, 2008
Posted by Maswafi Abd Samat at 1:23 PM 1 comments
Monday, October 13, 2008
Maklumat lanjut sila layari:
http://sktpjs.blogspot.com/
Posted by Maswafi Abd Samat at 12:12 AM 0 comments
Sunday, October 05, 2008
Posted by Maswafi Abd Samat at 5:13 PM 1 comments
Saturday, October 04, 2008
Posted by Maswafi Abd Samat at 5:02 PM 2 comments
Labels: Pendapat