Sunday, October 19, 2008

Awal-awal pagi aku sudah ke tiga farmasi di mencari “pain killer” kerana tidak dapat menanggung kesakitan di lutut kanan aku, malang buat aku kerana semuanya masih belum dibuka. Glucosamine yang dibeli dengan nilai RM100 masih belum berkesan kerana selalunya ia mengambil masa lebih 2 minggu untuk memulihkan tulang rawan. Itulah “harga” yang terpaksa dibayar oleh aku kerana terkena sindrom “over training” hingga melebihi kemampuan tubuh, bagi aku semua orang ada alasan untuk melakukan sesuatu perkara yang dianggap “gila” oleh sesetengah pihak. Aku dan Tom yang tercedera semasa bermain futsal hanya memanaskan bangku simpanan untuk “road relay” semalam walaupun kami adalah di antara 4 pelari terpantas. Aku betul-betul kecewa kerana sudah berlatih berbulan-bulan pada tahap maksimum cuma untuk melihat rakan-rakan berlari.

Bagi aku meletakkan pelari yang betul-betul sihat adalah lebih baik daripada pelari “kurang upaya” walaupun kami boleh memaksa diri untuk berlari dengan menelan “pain killer”. Kami menghantar dua pasukan lelaki dan dua pasukan perempuan untuk kategori A, dimana tempat pertama dan kedua disapu bersih oleh kami. Meletakkan Jega sebagai pelari pertama adalah suatu keputusan yang baik kerana berjaya menjarakkan pasukan 1 dengan pasukan lain lebih satu kilometer dan begitu juga meletakkan Panjang untuk pasukan 2 hingga dia hampir pengsan walaupun dia tidaklah sepantas Jega. Sekurang-kurangnya ketiadaan aku dan Tom mempunyai hikmah yang tersembunyi hingga dapat melihat potensi diri pada Lah, Fadhly, Nizam, J dan Eddie yang sebelum ini tidak pernah dicungkil. Seperti yang dijangka kumpulan Max mendapat tempat pertama untuk ketegori D, walaupun dia agak gementar kerana pertama kali memasuki pertandingan seperti ini. Kumpulan Isa cuma menduduki tempat ketiga tetapi harus diambil iktibar kepada semua bahawa dia sebagai pelari terakhir bukanlah boleh dibuat main kerana mampu mengejar kedudukan tersebut walhal dia berada di tempat keenam pada asalnya.

3 comments:

Anonymous said...

leave it to the younger la bro..
at least they can know how far they can go in this arena..

cryclown said...

well. c the leg la...
hehehehe...aku doakan ko cepat sembuh...boring siot xde kawan nak jog... n nant kite lwn 1 plus 5 ok..nyong pun nak gak...

Maswafi Abd Samat said...

Nizar,

Runnning is not about the age but the training & passion as well.

Max,

Beri aku masa untuk pulih, aku tetap akan melawan walaupun kalah kerana menyerah bukannya menang.