Penat mendaki Gunung Dato' tidak habis lagi dan seluruh kaki aku sengal-sengal terutama kaki kanan, terpaksalah aku mengambil semula Panther aku yang dipinjamkan kepada Azlan untuk memudahkan aku bergerak. Pada jam 5.00 petang akan dijalankan ujian Ilmu Pendidikan namun sehingga sekarang ini aku masih tiada "mood" untuk menelaah buku melainkan untuk melihat blog Ustaz Kamal yang tidak habis-habis mengutuk aku kerana rasa tergugat dengan penampilan aku. Hari ini amat sibuk kerana baru sahaja dilantik menjadi setiausaha untuk program Solat Hajat Perdana minggu hadapan, membuat kertas kerja mendaki gunung tiadalah masalah pada aku tetapi program Balai Islam... boleh menitik air mata Makcik Mah jika dia tahu aku berjaya melakukannya. Bagi aku ini semua adalah salah Tom kerana mempermainkan Ustaz Muhsinul bila ditanya tentang solat terawikh, ada ke patut dia menjawab dia bersolat terawikh di masjid negeri dengan alasan di situ ada "air cond" berbanding di Balai Islam, sudah tentu aku terkena tempiasnya. Barulah padan muka aku dan sekali muka dia kerana terpaksa menjadi pengarah program.
1 comment:
Really happy to get to know you all, guys !
When will we go climbing again ?
Ustaz Kamal,
SK Tmn Paroi Jaya, Seremban
Post a Comment