Seperti biasa ramai yang bertanya kenapa tempat duduk belakang Honda NSR aku masih kosong walaupun telah berjanji akan berkkahwin selepas raya. Mungkin mereka masih belum mendapat mesej yang jelas agaknya, maksud selepas hari raya mungkin selepas raya deepavali, raya cina, raya haji dan aku sendiri pun tidak pernah menetapkan tahunnya. Sudah masuk hari kelima Syawal keadaan kaki aku semakin teruk terutama bila hendak bangun daripada duduk selepas mentekedarah kuih raya. Selepas tiga kali urutan, kata Makcik Mah terdapat urat yang bersimpul di bahagian peha kanan aku. Ini mungkin terjadi kerana keadaan bentuk muka bumi di Seremban yang tidak rata menyebabkan berlaku ketidak seimbangan semasa melakukan latihan ataupun wujudnya darah beku. Rasanya inilah kecederaan yang paling teruk selepas kecederaan hingga dimasukkan ke hospital pada tahun 2006, dahulu jika aku ke TDMC pasti Dr. Benette memberikan panduan latihan yang betul tanpa sekali-kali menyuruh aku berhenti berlari. Sekarang oleh kerana semua perbelanjaan ditanggung sendiri aku cuma ke farmasi paling-paling gaban pun aku jumpa Bomoh Zain minta penawar kerana pengerasnya masih tidak naik walaupun minyak sudah lima belas kali naik.
1 comment:
len kali ko bawak je aku nek nsr tu..
kan sonang...
solamat hari rayo eden ucapkan...kehkehkeh...lomang jangan lupo bagi eden ckit yo..
Post a Comment