Batu Adut
Batu Adut merupakan sebuah cerita rakyat yang masih dikenang dan selalu diceritakan sambung-menyambung dari turun-menurun dari nenek-moyang dahulu kaum Kejaman, Sekapan, Punan dan Lahanan. Mereka percaya bahawa kejadian yang aneh, manusia dan haiwan bertukar menjadi batu atau dalam bahasa etnik kaum Kejaman badzah boleh berlaku, mungkin ianya dari kuasa syaitan atau kuasa lain akan berlaku jika terdapat seseorang itu mempermainkan binatang, mengejek atau menyiksakan binatang sama ada jenis haiwan liar atau jenis haiwan ternakan.
-
Sebelum abad yang kelapan belas kaum Kejaman telah sudah menetap di kawasan-kawasan lembah Batang Balui mulai dari kawasan muara Sungai Belaga hingga ke kawasan muara Sungai Linau. Mereka telah mengamalkan cara hidup bertanam padi bukit, bertanam ubi dan jagung serta berburu dalam hutan dengan anjing. Selain itu mereka juga menjerat haiwan-haiwan dalam hutan, menangkap ikan dalam sungai dengan bubu, jala dan tuba dan selalu berpindah-randah untuk mencari dan memungut rotan, buluh, daun-daun dan buah-buah hutan. Kaum ini juga sudah lama hidup dan menetap dalam kumpulan mengikut rumah panjang yang telah dibawah jagaan oleh seorang Laja Levou. Laja Levou telah bertanggungjawab untuk menjaga dan mengawal kesejahteraan,keharmonian dan keselamatan serta bertanggungjawab untuk menjaga adat-istiadat dan kepercayaan penduduk rumah panjang.
-
Batu Adut adalah sebuah batu yang besar yang terdapat wujud di tengah-tengah sungai Batang Balui iaitu kira-kira dua kilometer di sebelah hilir Jeram Menjawah. Secara fizikal ia adalah batu besar berukuran kira-kira tiga puluh hingga empat puluh kaki panjang yang berbentuk seperti sebuah sampan yang telah menjadi sebuah pulau kecil di tengah-tengah sungai. Di bahagian atas batu itu terdapat bahagian yang berpetak-petak (lapan petak) dan di bahagian atas sekali terdapat sebuah petak yang berbentuk seperti belakang kura-kura.
-
Kejadian ini menimpa seorang kaum Kejaman yang bernama Adut yang telah tinggal di sebuah rumah panjang kaum Kejaman di Datah Tiveng dan lapan ekor anjing buruannya. Semua anjing itu telah diberi nama mengikut warna bulunya dan ada yang diberi nama mengikut bentuk dan saiz badannya. Anjing yang berwarna hitam telah dinamakan Asou Begueang, yang berwarna kuning langsat dinamakan Asou Lasat, anjing yang putih bertompok hitam dinamakan Asou Kalong, anjing yang warna putih seperti bulu arnab dinamakan Asou Burui dan yang lain dinamakan Asou Salem, Asou Lapun, Asou Sapan dan Asou Mega. Kesemua anjing ini telah dilatih untuk menghidu mengesan dan menjejaki bekas-bekas haiwan yang ada dalam hutan dan ada jenis anjing hanya boleh mengesan menjejaki dan menyalak babi hutan sahaja dan ada jenis yang boleh menyalak rusa, kijang dan pelanduk sahaja.
-
Pada suatu hari Adut telah bercadang untuk pergi memburu di suatu kawasan di Sungai Menjawah. Pada masa tersebut adalah musim buah-buahan menyebabkan banyak haiwan yang akan datang untuk mencari makanan di kawasan itu. Sebelum subuh, Adut telah menyediakan bekalan dan peralatan yang akan dibawa bersama dan selepas itu dia telah memberi makanan kepada semua anjingnya. Apabila hari sudah hampir terang, Adut telah memanggil semua anjingnya turun ke pangkalan dan terus menaiki sebuah perahu kayuh. Adut telah mulai berkayuh dengan sekuat-kuatnya supaya dapat sampai di muara Sungai Menjawah sebelum matahari terbit. Perjalanan dari rumah panjang ke muara Sungai Menjawah telah mengambil masa kira-kira masa menghisap dua atau tiga batang rokok daun nipah.
-
Apabila sampai di muara Sungai Menjawah, Adut telah berkayuh belok masuk ke Sungai Menjawah dan terus berkayuh ke hulu menuju ke kawasan Sungai Kavun. Apabila tiba di Sungai Kavun matahari telah mulai memancar panas, Adut mengikatkan perahu itu di dahan sepohon jambu hutan. Adut memanggil semua anjingnya turun dari perahu sambil menghisap rokok dan menghembuskan asapnya ke udara untuk mencari arah angin. Biasanya seseorang mesti tahu arah angin dan berjalan bertentangan arah untuk mengelakkan haiwan dapat menghidu kehadiran manusia.
-
Adut memanggil semua anjingnya dan terus berjalan kearah hulu Sungai Kavun. Didapati di sepanjang perjalanan menghulu Sungai Kavun banyak bekas babi hutan, rusa, kijang dan pelanduk yang telah berkeliaran datang makan buah-buahan yang telah sudah masak dan telah gugur di atas tanah. Adut amat mengharapkan anjing-anjingnya dapat mengesan dan menjejaki bekas-bekas haiwan yang banyak sekali didalam hutan itu, tetapi selepas berjalan menghulu sungai, menghilir sungai dan mendaki bukit selama berjam-jam hingga ke matahari sudah menegak tinggi, anjing-anjingnya belum lagi dapat menjejaki haiwan-haiwan dalam hutan itu.
-
Kemudian Adut telah merasa letih, lapar dan haus dan berhenti berehat sebentar. Dia duduk berehat sambil menjamukan diri dengan bekalan yang dibawa serta memberi sedikit makanan kepada setiap seekor anjing itu. Selepas makan dia menyalakan rokok daun nipahnya sambil menghembuskan asap ke udara untuk mencari arah angin sekali lagi. Dia terus berjalan serta memanggil semua anjingnya ke arah hilir Sungai Kavun dan tidak lama kemudian anjing-anjing itu telah menyalak. Adut sangat gembira dan sangat mengharapkan agar pada kali ini tentu anjing-anjing itu menyalak babi hutan atau rusa, tetapi apabila dia sampai di tempat itu dia dapati hanya seekor kura-kura jenis yang besar yang dinamakan sedzan atau baning.
-
Dia telah merasa amat marah dan kecewa, tanpa membuang masa dia terus mengikat kura-kura itu sambil bercakap, "Anjing-anjing yang tidak berguna,lain yang saya hendak lain yang disalak". Adut terus membawa kura-kura itu terus berjalan pulang menuju ke pangkalan. Apabila sampai di pangkalan tempat mengikat perahu itu didapati perahu itu telah terapung-apung di tengah-tengah sungai yang telah dibawa oleh paras air sungai yang sedang naik dengan cepat pada masa itu. Adut telah merasa amat letih dan tidak dapat pergi mengambil perahu yang terapung-apung itu dan dia mengarah anjing-anjingnya seekor demi seekor untuk membantu mengambil perahu tetapi semua anjing itu tidak memahami arahannya. Akhirnya apabila sampai giliran Asou Begueang, anjing itu terjun ke dalam sungai terus berenang ke tengah-tengah sungai. Asou Begueang menggigit tali perahu serta berenang menarik perahu itu ke tebing. Adut telah merasa amat gembira sambil bertepuk-tepuk tangan dan ketawa berdekah-dekah memuji nama Asou Begueang.
-
Pada masa itu kedengaran di sana-sini dalam hutan itu bunyi serangga yang telah dinamakan ngeat yang menunjukkan hari sudah hampir senja. Adut memanggil semua anjing itu terus menaiki perahu dan terus berkayuh menuju ke muara Sungai Menjawah. Apabila sampai di muara Sungai Menjawah tiba-tiba cuaca bertukar menjadi gelap, hujan turun dengan lebat serta beribut petir. Guruh bertalu-talu serta petir sambung-menyambung, Adut terus berkayuh menyeberangi Lubuk Menjawah menuju ke arah hilir ke rumah panjang. Tidak lama kemudian Adut dan anjing-anjingnya sedang berkayuh sampai di suatu tempat, tanpa disedari petir memanah serta guruh yang kuat, tiba-tiba wujudlah sebuah batu yang besar di tengah-tengah sungai.
-
Hari sudah jauh malam, hujan masih turun dengan lebat serta beribut petir berterusan, tetapi Adut belum balik lagi. Semua ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat menunggu ketibaannya dengan khuatir dan cemas. Laja Levou telah mengerahkan semua anak buahnya mengaturkan pergerakan mencari, tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana keadaan cuaca buruk tidak berhenti-henti sehingga pagi. Ramai daripada penduduk rumah panjang masih mengharapkan bahawa Adut dan anjing-anjingnya masih terkandas dalam hutan dan tidak dapat keluar dari hutan kerana cuaca buruk. Akhirnya kumpulan-kumpulan pergerakan mencari telah bersetuju untuk menundakan pengerakan mencari ke awal pagi esoknya.
-
Sebelum matahari terbit semua kumpulan pencari sudah bersedia dan menunggu di pangkalan. Kumpulan-kumpulan pencari telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Sebuah kumpulan telah diarah untuk mencari di seluruh kawasan ke arah hilir Batang Balui sehingga ke muara Sungai Belaga, sebuah kumpulan lagi diarah untuk mencari di seluruh kawasan ke arah hulu hingga Lubok Menjawah dan terus menghulu Sungai Menjawah dan sebuah kumpulan lagi diarah untuk mencari di seluruh kawasan di seberang rumah panjang dan di seluruh kawasan di belakang rumah panjang.
-
Semua kumpulan pencari ini telah mencari di seluruh kawasan seperti yang telah ditetapkan tetapi malangnya gagal menjejaki Adut dan anjing-anjingnya. Sebuah kumpulan yang telah diarah untuk mencari di seluruh kawasan di hulu Batang Balui telah apabila sampai di tempat kejadian itu semua mereka telah terperanjat dan hairan apabila dapati ada sebuah batu besar wujud di tengah-tengah sungai. Yang menghairankan mereka tidak pernah lihat batu sebesar itu dahulu di tempat ini. Ada daripada mereka mengagakkan bahawa Adut dan anjing-anjingnya telah bertukar menjadi batu atau pun badzah.Selepas mendapati apa yang telah terjadi di tempat itu mereka balik ke rumah panjang mereka di Datah Tiveng untuk membawa berita yang buruk itu. Semua penduduk rumah panjang telah merasa sedih keatas kehilangan Adut.
-
Didapati juga ramai penduduk rumah panjang telah bertemu dengan Adut dalam mimpi bahawa Adut telah dihukum oleh kuasa syaitan ke atas kesalahannya mempermainkan dan mengetawakan kelakuan anjing-anjingnya. Mulai daripada kejadian itu kaum Kejaman telah takut mengejek, mempermain dan mengetawakan kelakuan dan sifat semua jenis haiwan baik pun jenis haiwan peliharaan atau haiwan liar.
* laja levou -Ketua rumah panjang.
* sedzan atau baning -Sejenis kura-kura.
* badzah - seorang manusia yang telah bertukar menjadi batu
1 comment:
SELAMAT MALAYSIA
Ketua Pemuda Gombak MCA Yip Jiun Hann
“U” Punya Bapa YIP KUM FOOK(MCA GOMBAK) melakukan hal jahat, tipu wang orang, tipu WANITA, merosakan keluarga orang lain, makan duit Tokong………….telah membangkitkan orang ramai naik marah.
“U” sepatut menasihat Bapa berkelakuan baik tetapi dengan dukacita sebaliknya “U” membangkitkan nama pemimpin Negara kita PM Najib Tun Razak dan Ketua MCA Dr chua Soi Lek pun bersama kelakuan mengapa orangramai tidak menyoalkan?
“U” memang kurang ajar, sebagai seorang ketua pemimpin Pemuda MCA Gombak sepatutnya menjunjung pemimpin dan hormat Negara, bukan membusukan pemimpin dan menburokkan nama kebaikan Malaysia.
Sekiranya “U” tak suka Negara Malaysia, lebih baik “U” dan Bapa “U” keluar Negera ini.
Kita harap pemimpin kita mengambil tindakan kepada dia. Supaya nama kebaikan Malaysia dapat di pertahankan.
Sekian, Terima Kasih.
YANG BENAR,
RAKYAT YANG SAYANGI MALAYSIA
GOMBAK, SELANGOR
SAVE MALAYSIA
MCA Youth chief Gombak Yip Jiun Hann
"U" Your father YIP KUM FOOK(MCA GOMBAK) do evil, cheated money, deceit WOMEN, family confuses others, eat Temple money ............. Temple crowd are very angry.
"U" should advise your father to do good things but with sadly "U" try to put bad name of our PM Najib Tun Razak and MCA chief Dr Chua Soi Lek , why people did not question it?
"U" was rude, as head of MCA Youth leader should honour and respect our leaders, not try to destroy our leaders and make bad name of Malaysia.
If "U" does not like Malaysia, the better "U" and your father can out of this Country.
We expect our leaders to take action on him. So that the good name of Malaysia can be defended.
Thank you,
THE TRULY,
People Who Love Malaysia
Gombak
MAKAN DUIT HARAM, MACAM MAKAN BABI: DR MAHATHIR SAID.....
http://www.youtube.com/watch?v=cuyFp-xo1y4
Post a Comment