Saturday, February 06, 2010

Hari yang sangat memenatkan di Hotel Meligai Kapit kerana terpaksa mengadap kursus LINUS (literacy and numeracy) untuk 3 hari bermula rabu lepas. Penat itu mungkin kerana perjalanan air yang sangat panjang dan mungkin juga kerana akan ada lagi kursus seperti ini pada akan datang sebagai follow up.Tambahan pula langkah kerajaan mengurangkan perbelanjaan mengurus akan menyebabkan aku tidak dapat membuat tuntutan yang sepatutnya yang akhirnya akan membuatkan aku akan kerugian hampir 70% daripada jumlah resit sebenar jika aku mengggunakan jalan darat pada musim kemarau kelak. Langkah kerajaan ini akhirnya menyebabkan kesan yang sangat besar apabila kakitangan kerajaan terpaksa menghabiskan duit sendiri setelah diberi antara tugas yang paling sukar iaitu untuk memastikan tiada murid buta huruf dan nombor.
-
Secara khusus porgram yang menelan belanja 79 juta ini nampak satu usaha yang murni untuk memastikan kadar buta huruf terutama di Selangor, Johor dan Sarawak (mengikut turutan) menjadi sifar pada 2012. Harapnya ia tidak terganggu dengan masalah ponteng murid kerana musim menuai, tidak dapat berkomunikasi dan masalah genetik yang ada sekarang ini.

No comments: