Hari kedua aku menjaga sekolah cuma aku tidak memakai pakaian seragam!, sesuatu yang tidak patut berlaku bila sekolah sudah mempunyai pengawal keselamatan. Seperti yang dijangka bot ekspress sudah tidak melalui hadapan sekolah membuatkan segala urusan yang sedia susah menjadi susah. Untuk ke pekan Belaga hanyalah perbuatan sia-sia untuk membeli sayur dan ikan kerana kosnya sangat mahal mungkin lebih baik terus ke Bintulu atau makan sahaja apa yang ada di keliling sekolah seperti cangkuk manis, pucuk paku dan pucuk ubi. Ramai yang pulang pagi ke Rumah Kejaman setelah semalaman berada di Rumah Lahanan menziarahi mendiang ibu Valentika dan Valentina. Pagi ini juga mendiang akan dikebumikan secara adat Orang Ulu dan Kristian.
No comments:
Post a Comment