Wednesday, September 22, 2010

Berhenti atau tiada lagi!


Sudah lama aku tidak mengadakan latihan kardiovaskular seperti biasa semenjak menyertai Belaga Rainforest Marathon (trek gunung-ganang sepanjang 11 km sejajar dengan Batang Rajang) sebulan setengah yang lalu. Rupanya ia adalah mimpi ngeri buat aku kerana telah merosakkan tulang rawan dan sendi lutut kiri aku sehingga aku terpaksa memakai pendakap lutut sepanjang masa. Aku masih lagi membuat perhitungan sama ada hendak berjumpa doktor pakar (yang terdekat adalah 6 jam perjalanan-hospital kerajaan [Bintulu] dan 8 jam perjalanan–hospital swasta [Sibu]) atau menjalani pemulihan kendiri dengan memakan ubatan (glucosamine) yang dibeli di farmasi yang sudah menunjukkan hasil positif semenjak seminggu yang lalu (telah memakannya selama 5 minggu). Ini bukanlah pertama kali masalah kecederaan menimpa aku, pada 2006 aku terpaksa didiamkan selama 4 hari di Hospital Taman Desa apabila MRI scan mendapati urat dalam peha kanan aku pecah. Dalam otak aku yang semak ini masih teringat lagi pesan doktor bahawa kita perlu tahu masa untuk berhenti dan bila hendak bermula kembali atau tiada lagi berjalan yang betul apatah lagi untuk berlari!.

3 comments:

cryclown said...

Hehe.. .kita serupa,...sm2 doa agr cept sembuh

Anonymous said...

pergi berjumpa doctor..dengar la nasihat pakar... 8) marathon bila2 masa pon bole...tapi kalo kepala lutut dan tercabut...masih bolehkah anda belari wahai sahabatku ;)

-aYob-

Maswafi Abd Samat said...

He.he... bukan tak nak jumpa doktor, mereka ni asyik nak bedah je..