Saturday, September 18, 2010

Hampir Menjadi Pusat Sumber!


Hari ini berasa agak kecewa dengan keputusan pembesar yang menidakkan kemudahan pusat sumber di sekolah. Pelbagai cara untuk aku dan Andrew mengadakan pusat sumber baru bagi menggantikan bangunan kayu dua tingkat sedia ada yang telah usang (dibina pada 1964). Kami (aku dan semua kakitangan sekolah) telah membaikpulih bekas rumah guru yang dibina secara gotong-royong, namun segalanya sia-sia kerana masih belum dapat bekalan cat dan tikar getah. Jika para pembesar datang banyak komen yang diterima seolah-olah aku dan Andrew tidak mengambil pusing keadaan pusat sumber tersebut. Jika semuanya kami sumbang (tenaga dan wang) lebih baik kami bina sahaja sebuah sekolah swasta!.

4 comments:

zulhassan said...

semuanya kami sumbang (tenaga dan wang) lebih baik kami bina sahaja sebuah sekolah swasta -->yg ni aku sokong 100%.

Ramai nak nama tapi tak bagi sokongan.

Maswafi Abd Samat said...

Aku dah bosan dengan karenah orang yang hendak nama. Life must goes on bro!, kami masih akan buat yang terbaik.

Rafhan said...

kena panggil Karam Singh Walia datang sarawak ni..

Maswafi Abd Samat said...

Trivia, Ada khabar angin mengatakan Karam Singh Walia tidak dibenarkan masuk ke Sarawak oleh kerajaan Negeri. Mungkin ada benarnya sebab tak pernah pun lihat Karam Singh di sini.