Wednesday, September 08, 2010

Pekan kecil Sungkai agak sibuk daripada Ahad lepas kerana banyak manusia yang membeli belah untuk keperluan lebaran. Hari Rabu masih ada lagi kawan-kawan aku yang masih bekerja di pejabat untuk minit-minit terakhir bagi memastikan supaya syarikat tidak gulung tikar disebabkan tidak beroperasi seperti biasa. Mungkin senang untuk meminta cuti tetapi bagaimana dengan syarikat yang terpaksa menanggung beban kos operasi (seperti sewa pejabat) seperti biasa, di sinilah tolak ansur penting antara pelanggan dan majikan. Begitu juga pelbagai soalan yang dilontar kepada aku kenapa balik ke Sarawak awal sangat iaitu pada 14 hb September, untuk ini harus tanya pada diri sendiri adakah akan adil membiarkan pelanggan atau murid aku (beragama Kristian) terkapai-kapai di dalam kelas kerana sekolah dibuka seperti biasa.

2 comments:

Merbawi said...

Salam Hari Lebaran..! Cepat bebenor balik weh..? Sekolah kan cuti 2 minggu.? Anyway, walaupun cuti pendek, manafaat kanlah dengan melawat saudara saudara tua yg masih ada, Hariraya tahun depan mana tahu berjumpa ataupun tidak.

Selamat hari Raya, maaf zahir dan batin.

Maswafi Abd Samat said...

Aku cuti cuma seminggu, dah ada kat sekolah ni.

Alhamdulillah sempat juga melawat org tua di kg.

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.