Wednesday, February 08, 2012

Sistem Nombor Bahasa Bidayuh


1              indi
2              dueh
3              taruh
4              empat
5              limeh
6              enem
7              ejuk
8              mehi
9              peri’e
10           semeheng
11           semeheng          indi
12           semeheng          dueh
13           semeheng          taruh
14           semeheng          empat
15           semeheng          limeh
16           semeheng          enem
17           semeheng          ejuk
18           semeheng          mehi
19           semeheng          peri’e
20           dueh     purok   
21           dueh     purok    indi
100         seratus
101         seratus indi
1000       seribu
1001       seribu   indi

Sistem Nombor Bahasa Melanau


1              jalak      
2              dua
3              telou
4              pat
5              lima
6              nam
7              tujuk
8              lapan
9              sembilan
10           puan
11           sebalih
12           dua        belaih
13           telou     belaih
14           pat         belaih
15           lima        belaih
16           nam       belaih
17           tujuk     belaih
18           lapan     belaih
19           sembilan belaih
20           dua        pulok
21           dua        pulok     satu
100         seratuih
101         seratuih               satu
1000       jeribu
1001       jeribu    satu

Sistem Nombor Bahasa Punan


1              ji
2              duo
3              tolu
4              pat
5              limo
6              nom
7              tusu
8              eyam
9              julan
10           puluen
11           puluen  ji
12           puluen  duo
13           puluen  tolu
14           puluen  pat
15           puluen  limo
16           puluen  nom
17           puluen  tusu
18           puluen  eyam
19           puluen  julan
20           duo        pulu
21           duo        pulu       ji
100         ji              atu
101         ji              atu         ji
1000       ji              libu
1001       ji              libu         ji

Sistem Nombor Bahasa Lahanan


1              jah
2              leguah
3              tedul
4              epat
5              limah
6              enem
7              tujuk
8              ajan
9              judan
10           poeng
11           poeng   jah
12           poeng   leguah
13           poeng   tedul
14           poeng   epat
15           poeng   limah
16           poeng   enem
17           poeng   tujuk
18           poeng   ajan
19           poeng   judan
20           leguah  puduk
21           leguah  puduk   ja
100         jah          atu
101         jah          atu         jah
1000       jah          ribu
1001       jah          ribu        jah

Sistem Nombor Bahasa Kajaman


1             jah
2             deguah
3             tedauh
4             epat
5             limah
6             enem
7             tujuk
8             ajan
9             judan
10           poen
11           poen     jah
12           poen     deguah
13           poen     tedauh
14           poen     epat
15           poen     limah
16           poen     enem
17           poen     tujuk
18           poen     ajan
19           poen     judan
20           deguah pudu
21           deguah pudu jah
100         jah          atu
101         jah          atu         jah
1000       jah          ribu
1001        jah          ribu        jah

Sistem nombor bahasa Kayan


1             ji
2             duwak
3             telok
4             epat
5             limak
6             nem
7             tusu
8             sayak
9             pitan
10           pulu
11           pulu       ji
12           pulu       duwak
13           pulu       telok
14           pulu       pat
15           pulu       limak
16           pulu       nem
17           pulu       tusu
18           pulu       sayak
19           pulu       pitan
20           duwak  pulu
21           duwak  pulu ji
100         jia         tu
101         jia         tu          ji
1000       ji           ribu
1001        ji           ribu        ji

Tuesday, February 07, 2012

Perbendaharaan Kata Sukuan dalam Bahasa Melayu Baku

Sifat Bahasa Melayu yang dinamik menyebabkan ia mudah menerima penyerapan daripada bahasa serumpun seperti bahasa Iban dan Melayu Sarawak. Ia dilakukan apabila kata berkenaan tiada konsepnya dalam Bahasa Melayu. Usaha penyerapan bahasa rumpun Sarawak telah dilakukan sejak tahun 1988 oleh DBP dengan buku berjudul Kata Bahasa Sukuan untuk Perbendaharaan Bahasa Malaysia. Contoh perkataan ialah rambih, jerayawara dan entigis.


Dalam bahasa Melayu Sarawak rambih; berambih, merambih itu membawa makna berziarah ke suatu tempat (kebiasaannya rumah saudara) untuk sementara waktu (mungkin satu bulan) dan akan pulang ke rumah sendiri. Namun jika ia bertujuan menghadiri majlis kenduri kahwin atau arwah ia disebut sebagai pengilan.

Perkataan jerayawara (road show dalam bahasa Inggeris) bermaksud “kumpulan yang mengadakan persembahan atau pemberitahuan dalam kunjungan ke beberapa tempat. Jeraya dalam Bahasa Melayu Sarawak bermaksud jalan manakala wara; wara-wara bermaksud pengumuman.

Bahasa Iban memaknakan bahagian yang paling hulu sungai (punca air sungai) sebagai entigis yang mana dalam Bahasa Melayu tidak terdapat perkataan khusus untuk bahagian sungai yang paling hulu.


Sumber:
Artikel “Perbendaharaan Kata Sukuan dalam Bahasa Melayu Baku”, Utusan Borneo, Isnin, 6 Febuari 2012. (Abang Patdeli Abang Muhi)

Friday, February 03, 2012


Hari ketiga mencuba daya tahan kardiovaskular, hanya jarak sejauh 2000 meter berjaya dicapai itupun termengah-mengah dan terpaksa menahan sakit dada. Itulah harga yang terpaksa dibayar setelah berehat selama 17 bulan. 5 tahun lepas 10 ribu meter bukanlah jarak yang asing bagi aku dan berjaya ditamatkan dalam masa kurang 1 jam. Sekarang ia seakan hampir mustahil bagi aku, ini bermakna aku terpaksa bermula dari kosong kerana kudrat tidak sebagus dahulu. Kadang-kadang terfikir bagaimana aku boleh melakukan larian jarak jauh ini suatu masa dahulu.

Monday, January 23, 2012

Produk 3 dalam 1

Satio
J108i

J108i ini adalah telefon bimbit biasa yang dihadiahkan oleh isteriku sempena 'kematian' telefon bimbit Satio (Sony Ericsson Symbian) aku. Harganya 6 kali lebih murah namun tidaklah menyakitkan hati seperti telefon Symbian kerana baterinya tahan lama dan tiada masalah kekunci. Kerana terikutkan nafsu aku membelinya (Satio) tanpa berfikir panjang dan akhirnya memakan diri apabila "touch screen" rosak sebanyak 2 kali dan bateri yang sudah ditukar sebanyak 3 kali. Satu-satu yang boleh diharap tentang Satio ialah kualiti kameranya (12 mp) yang harus diberi 5 bintang. Dalam penelitian aku produk ICT berasaskan 3 dalam 1 walaupun apa jenamanya tetap akan membawa masalah, adalah lebih baik membeli produk-produk asas secara berasingan.

Sunday, January 15, 2012

Daun Gelenggang



Daun gelenggang tumbuh melata di kawasan hutan tanah pamah di Malaysia, ia digunakan dalam perubatan penyakit kulit. Ia dikatakan mujarab untuk penyakit panau dan kurap, caranya ialah dengan menumbuk hingga lumat daunnya dan dicampur dengan air (ada juga yang menambah sedikit garam). Kemudian di sapu pada bahagian yang berpenyakit selama 3 hari untuk mendapat kesannya.

Sunday, January 08, 2012

Nikah

Tirai 2012

Tirai 2012 telahpun dibuka, ini bermakna pengetahuan aku meningkat seiring dengan umur hendaknya. Tahun ini status bujang aku telah berubah kepada sang suami yang mempunyai amanah yang maha hebat. Walaupun isteri aku tinggal di Sarawak untuk sampai ke kediamannya (daerah Selangau) aku terpaksa menaiki perahu selama sejam, hilux selama 4-5 jam dan bas selama 2 jam. Pilihan lain yang aku ada ialah menaiki bot ekspress berkuasa kuda 400 ke Sibu (bandar terdekat dengan Selangau) yang mengambil masa 8 jam setelah ditolak waktu berehat dan henti-henti.

Walaupun begitu hati terasa begitu gembira kerana mempunyai pasangan, mungkin segembira seperti pasangan burung di dalam syurga yang dilihat oleh Adam di dalam syurga sebelum diciptakan Hawa. Tugas-tugas di sekolah rasa sudah tidak terbeban sangat seperti dahulu tambahan guru besar mengagihkan tugas-tugas lama aku kepada Afiq, mungkin berkat berkahwin agaknya. Syukur dan terima kasih ya Allah!.

Wednesday, November 30, 2011

Getting Married

Lagi sepuluh hari aku akan ke jinjang pelamin, pelbagai persiapan telah diatur seperti dokumen pernikahan, hantaran, jamuan dan jemputan. Terlalu banyak yang perlu difikirkan dalam satu-satu masa membuatkan keadaan "stress" begitu memuncak. Kerana itulah "getting married" diletakkan dalam senarai teratas tahap "stress" (mengikut kajian sumber manusia) berbanding perkara-perkara lain seperti kematian pasangan atau putus cinta. Ada satu perkara yang agak pelik berlaku apabila aku menghantar sms jemputan kepada rakan-rakan, kerana ada segelintir rakan-rakan mengambil masa hingga 9 hari menjawab sms untuk memberikan alamat rumah!.

Wednesday, November 09, 2011

Haluan Kerja Pendidikan


Persepsi awal saya terhadap buku karangan Dato’ Ghafar Mahmud (Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia) ialah tentang bagaimana cara untuk naik pangkat adalah silap 100 peratus. Buku ini sebenarnya menyentuh tentang Hala Tuju Pendidikan, Agenda Transformasi Negara, Tuntutan Terhadap Jentera Pendidikan, Mengangkat Profesiolisme Kaum Guru dan Daripada Agenda kepada Inisiatif.

Pada awal buku ini ia cuba mengajak pembaca melihat sistem pendidikan Korea Selatan sebagai contoh yang terbaik dalam mengurus modal insan. Pada tahun 60an mereka menghantar pekerja mereka ke negara maju mendalami asas-asas ilmu dan asas-asas pemikiran yang terkandung dalam teknologi yang digunakan. Sekarang mereka mampu membina kapal dagang dan perang sendiri serta mampu mengesport kapal tangki, petroleum, penumpang dan perang ke negara luar. Malahan mereka juga mampu menghasilkan state-of-the-art technology bertaraf dunia, terutamanya dalam bidang teknologi nuklear, angkasa lepas dan telekomunikasi.

Perkara yang menarik minat saya ialah budaya inovasi yang memerlukan kita berfikir ‘think the unthinkable’. Ia merujuk kepada kisah seorang penyeludup dan seorang pegawai tentera di sebuah kawasan sempadan yang bertelagah. Setiap hari penyeludup membawa batu-batan menggunakan sebuah kereta sorong dan setiap hari pegawai tentera yang sama memeriksa kereta sorong tersebut dan mendapati tiada apa yang diseludup lalu dilepaskan. Rutin yang sama setiap hari dilakukan hingggalah kawasan yang bertelagah ini berdamai dan penyeludup ini tidak perlu melalui pemeriksaan sempadan. Bila pegawai tentera itu menyoal penyeludup itu apakah yang cuba diseludupnya setiap hari, penyeludup itu menjawab “kereta sorong”!.

Dalam kaedah pengurusan pula saya tertarik dengan petunjuk input (contoh: penyertaan guru & murid) dan petunjuk output (contoh : bilangan sekolah & bilangan kehadiran murid) sebenarnya adalah kaedah sangat primitif. Ia harus digantikan dengan petunjuk keberhasilan (contoh: prestasi murid, kesejahteraan murid dan amalan membaca) dan petunjuk impak (contoh: peningkatan celik huruf, peningkatan celik numerasi dan peningkatan celik digital).

Perkara yang juga menarik minat saya ialah “community of practice” yang diamalkan oleh Xerox dengan mengumpulkan maklumat kompetensi puluhan ribu juruteknik penyelenggara Xerox dalam satu pusat maklumat. Dengan maklumat ini ia mengupayakan setiap juruteknik mengdiognasis punca masalah dan penyebab krisis kepenggunaan dengan cekap dan berkesan kerana setiap orang membawa bersamanya kompetensi, pengalaman, pengetahuan dan kreativiti seluruh juruteknik Xerox di segenap pelusuk dunia hingga merangsang pendapatan mereka sebanyak US$22 bilion setahun. Tidak dapat dibayangkan jika kompetensi, pengalaman, pengetahuan dan kreativiti seluruh guru di Malaysia dapat dikumpulkan dan dianalisis, hasilnya mesti sungguh menakjubkan.

Monday, October 17, 2011

dabai

Pokok buah ini seperti pokok langsat namun buahnya seperti buah kelapa sawit. Buah ini harus direndam di dalam air panas selama 3 minit atau kaedah lain melumurkannya dengan minyak masak bersama kicap serta dijemur selama 30 minit. Rasanya berlemak seperti kacang badam versi lembut.
Bunga kunyit

Agak sukar hendak menemukan bunga kunyit melainkan jika pokok itu tidak "disentuh" selepas ditanam. Ia biasa di buat ulam atau kerabu oleh orang melayu, rasanya ada pedas-pedas sedikit seperti memakan daun sirih.
Terung Iban
Pokok Terung Iban

Rasa terung ini sangat masam, biasanya dibuat sup sahaja oleh orang Sarawak. Jika di bakar seperti ayam panggang semua rasa manisnya akan keluar.
buah ara
buah ara
Pokok buah ara

Biasanya hidup di tepi sungai dan menjadi makanan ikan-ikan juga boleh dibuat umpan memancing. Bentuknya seperti buah tin (yang biasa dibawa balik dari Mekah), buah yang sedap dimakan ialah yang merah hijau dan rasanya seperti buah kedondong versi lembut.
Daun Pai
Daun Pai

Daun ini tiada kegunaan, namun haruslah dielakkan kerana sangat gatal jika terkena kulit.
Tembakau Kayan

Tembakau ini rasanya amat keras, biasanya ditanam ditepi-tepi sungai. Kalau sesiapa yang pernah bekerja di kilang rokok rasanya seperti kualiti tembakau M4.
Daun Ngaing
Daun Ngaing
daun tuden
daun tuden

Kedua-dua jenis daun ini sangat sesuai untuk membungkus nasi kerana ia akan mengekalkan aroma daun dan menjadikan nasi tahan lama. Daun tuden biasanya digunakan juga oleh masyarakat cina untuk membungkus tauhu.

Sunday, October 16, 2011

Pembersihan Empangan Graviti

Awal-awal pagi ahad dimana semua orang sedang dibuai mimpi, beberapa penduduk kampung datang menjengah pintu kuarters aku. Ini merupakan tugas guru yang paling sukar (setakat hari ini) iaitu memastikan 84 orang murid tidak kebulur kerana ketiadaan bekalan air bersih. Ini semua gara-gara kerakusan pengurusan Balak Kem Teleng (tiada syarikat lain) menjarah kawasan tadahan air yang terletak 1 jam perjalanan kaki dari sekolah.

Tahap kesihatan aku sudah semakin baik walaupun terpaksa berjalan mendaki bukit ke punca air bersih tertinggi di Segaham. Jika tidak sudah tentu termengah-mengah melayan “pacing” penduduk kampung yang sangat laju. Cuma aku sangat lelah bila terpaksa mengeluarkan sampah yang terdiri daripada kayu balak dan batu-batu di dalam kawasan empangan.
Sebenarnya aku tidak kisah melakukan rutin penyelenggaraan empangan air, cuma mengalihkan balak dan batu adalah sangat tidak munasabah kerana sebelum ini kami cuma membersihkan daun-daun kering di dalam empangan. Adilkah aku kerana terpaksa berlawan dengan satu syarikat besar dibandingkan dengan jawatan aku yang sangat kerdil ini.

Saturday, October 15, 2011

Adakah Mitos Kemewahan Air Sudah Berakhir?

Sangat berasa seronok sehari dua ini dapat memakan ikan kelah yang boleh dikatakan “emas” di kawasan sungai. Namun adakah perasaan seronok ini akan bersifat berterusan untuk hari-hari yang mendatang? Sudah dua minggu aku terpaksa menggunakan air keruh untuk memasak kerana empangan air graviti sudah dicemari oleh lumpur akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pihak pengurusan Kem Balak Teleng.

Rasanya sia-sia sahaja pengorbanan penduduk kampung (termasuk aku) menarik paip poli sejauh 1 jam ke atas bukit selama 9 hari tahun lepas untuk membina empangan air graviti. Mereka (Kem Balak Teleng) telah menjarah kawasan tadahan air yang telah ditanda cat merah oleh penduduk kampung tanpa rasa bersalah, dan tanpa rasa bersalah juga mereka menidakkan perbuatan mereka. Mungkin benarlah kata Dr. Hamirdin Ithnin (dulu saintis di Universiti Malaya) bahawa mitos kemewahan air di Malaysia sudah berakhir!.

Monday, October 10, 2011

Tebudu dan Kepayang

Tebudu
pisang tembaga
kepayang
Minggu ini bermacam benda benda baharu cuba aku makan seperti tebudu dan buah kepayang. Buah "tebudu" nama diberi oleh kaum Kejaman, "tebuluih" oleh kaum Melanau manakala kaum Kayan memanggilnya sebagai "kelima", manakala kaum Bidayuh memanggilnya "ta'ang" dan aku sebagai kaum Melayu yang pertama menjumpai buah ini mengisytiharkannya sebagai buah "tebuma".

Rasa buah ini seperti durian belanda namun ia tidaklah boleh dimakan terus, ia harus direndam dengan air panas dan dicicah dengan garam (aku memakannya terus, nasib baik tidak sakit perut). Buah kepayang pula mesti direbus dahulu kalau tidak akan "mabuk kepayang" seperti yang tertulis dalam sastera klasik melayu. Rasanya sangat sedap seperti buah jering tua versi lembut terutama jika dicicah dengan sambal belacan.

Saturday, September 17, 2011

Adakah Kita Sporting Semasa Menganjur Sukan?

Lumba Rakit (Belaga Rainforest Challenges)

Masih kepenatan mengayuh rakit ke Belaga semalam, namun yang paling penting semua warga Segaham yang terlibat sangat gembira menyertai pesta rakit ini. Kami berjaya menamatkan perlumbaan dari Segaham ke Belaga dalam masa 5 jam (jika menggunakan enjin berkuasa kuda 15 ia mengambil masa hampir 1 jam).


Terdapat 15 pesaing yang menyertai acara ini, malangnya kami sendiri tidak tahu kedudukan kami di tempat yang keberapa kerana semasa kami sampai pihak penganjur sudah tiada! Mungkin mereka hilang kerana membuat rumusan bahawa semua rakit di belakang sudah kalah agaknya.

Sepatutnya penganjur tidak boleh berbuat begitu kerana kami adalah peserta yang terakhir yang dilepaskan sudah tentulah kami yang akhir sampai. Sebenarnya aku tidak melihat masalah jika dilepaskan serentak semua rakit kerana bukannya bertanding diperingkat dunia, cuma kadangkala orang kita suka “make life complicated”.



Sikap “sporting” dalam sukan di Malaysia masih jauh dengan negara jiran kita Singapura, pihak penganjur akan lepas tangan terhadap peserta yang akhir sampai walaupun untuk sampai ke garisan penamat sebenarnya memerlukan usaha yang sangat-sangat gaban.



Untuk membuat perbandingan secara “apple to apple” aku mengambil contoh maraton di Kuala Lumpur dan Singapura. Di Malaysia jika seseorang pelari tidak dapat menghabiskan larian 42 km dalam masa 7 jam mereka akan beramai-ramai diangkut dalam van bomba atau ambulans untuk dibawa pulang dengan alasan untuk bergelar pelari maraton mereka perlu berlari kurang 6 jam 30 minit. Penganjur langsung tidak memikirkan usaha berbulan-bulan yang dilakukan oleh pelari yang mahu bergelar "marathoner".


Berbanding di Singapura anda boleh berlari mengikut kemampuan anda dan tiada siapa yang akan menyuruh anda menaiki van jika lambat ke garisan penamat. Jangan terkejut jika pengunjung di taman-taman akan memberikan sandwich yang dipotong kecil-kecil kepada anda jika laluan larian berada di kawasan mereka melepak.



Adalah tindakan betul menyuruh peserta-peserta mengejar tempat pertama tetapi jangan memberi mesej yang salah kepada peserta-peserta yang berada di tempat akhir. Aku sangat memuji usaha yang ditunjukkan oleh warga Segaham daripada proses mencari pokok buluh, membina rakit dan akhirya membawa ia ke garisan penamat. Bagi aku itulah kemenangan total yang harus dimiliki oleh semua orang.





Thursday, September 15, 2011

Ia Datang Lagi

Belaga Rainforest Challenges datang lagi, cuma kedatangannya kali ini tidak dapat disambut dengan acara kegemaran aku. Setiap kali aku singgah di pasar Belaga orang akan bertanya adakah aku akan menyertai maraton dari Bukit Jayong ke Belaga. Walaupun hati memberontak-rontak, bagi aku lutut aku lebih penting dari maraton itu. Setiap peristiwa pahit membawa aku ke dimensi baru, melibatkan diri sudah tentu bagi aku cuma kali ini ia sangat berbeza. Aku akan berakit dari Segaham ke Belaga menggunakan rakit sepanjang 24 kaki dan selebar 6 kaki. Banyak persoalan yang timbul, adakah kami akan menang? Kalah hampir pasti, tetapi bagaimana jika menang?