Wednesday, June 14, 2006

Akhirnya pulang juga Mat Khairi ke Kuala Lumpur dengan muka yang hitam selepas bertapa di Kuala Kangsar dan Guar selama lebih suku purnama. Memang "frust menonggeng" rupanya kawan aku yang seorang ini, selepas menerima mesej daripada aweknya yang dicintai hingga ke tahap gaban ataupun mungkin juga tahap dewa. Sebenarnya dia telah menginterpertasi mesej bahawa hubungan mereka telah putus padahal pada aku sebenarnya aweknya cuma belum "bersedia" dari segi mental untuk berkahwin. Aku nasihatkan sahaja ia menghantar mesej "say hello!" kepada aweknya supaya perhubungan tidak terus terputus dan soal hati tiada paksaan. Pandainya aku menasihatkannya lagak seperti Jalaludin Hasan padahal aku lebih gagal daripadanya dalam soal cinta. Kenapa muka Mat Khairi hitam?. Ini kerana bapanya tidak pernah "berubah hati" menyuruhnya turun ke bendang setiap kali ia pulang ke kampung walaupun anaknya telah mempunyai pangkat di Kuala Lumpur dan untuk menunjukkan hati yang tidak berubah di tahap dewa itu bapanya masih lagi mengisi minyak motor sebanyak RM2.00 untuk setiap kali isian walaupun harga minyak telah naik semenjak tahun 1990 lagi.

No comments: