Monday, June 12, 2006

Forgiven but not forgotten.

Jumaat lepas semasa melakukan lawatan wajib ke pasar malam Kerinchi untuk melihat anak perempuan pakcik yang menjual murtabak itu, aku terlihat Encik Azam dan Firdaus sedang membeli VCD Doraemon. Akhirnya ditakdirkan juga aku dapat bertemu dengan adik ipar Encik Azam yang sedang membeli yong tau fu yang merupakan makanan kegemaran aku semenjak hari itu. Sebagai salam perkenalan aku cuma menghadiahkan senyuman kerana bakal kakak ipar aku berada di situ "mengawal" adiknya. Hari Sabtu pula, aku makan tengahari di Restoran Anjuna berhampiran Puduraya dengan Alang adik aku. Satu soalan yang dia nak tahu sangat jawapannya ialah kenapa aku sudah tidak menjengah kakak aku di Selayang sudah lebih dua tahun. Jawapannya bukan kerana duit yang digunakan untuk membayar sewa rumahnya yang tertunggak berbulan-bulan itu, tetapi kerana aku mendapat jawatan "anak derhaka" oleh mak hanya kerana kedegilan aku tidak mahu membayar ansuran kereta kancilnya. Walaupun sekarang mak sudah faham dan sangat menyetujui tindakan aku tetapi perkataan itu sudah dilafazkan dan tiada apa yang dapat mengubahnya. Ia sudahpun dimaafkan tetapi tidak pernah dilupakan.

No comments: