Tuesday, June 27, 2006

Tenggelam lagi

Banjir sabtu lalu telah menenggelamkan Masjid Jamek Sungkai, Surau Cikgu Mat Enggik, berpuluh-puluh rumah, motor dan kereta serta termasuklah kebun getah tua aku yang seluas 2 ekar suku itu. Banjir kali ini dikira hebat juga juga telah berjaya "menghilangkan" jambatan Kg. Klah Baru yang sedang dibina. Sudah banyak teori banjir yang dikeluarkan seperti Ah Tong Sawmill melakukan pembalakan haram, renjer tidak buat kerja dan teori sejak turun temurun naga (ular besar yang habis bertapa) mudik ke hilir. Setakat ini hanya orang asli yang terkenal dengan sifat jujur dan tidak tahu berbohong itu sahaja yang pernah berjumpa naga ini. Setakat ini tiada jawapan untuk banjir membawa bongkah batu 1986 yang membunuh ramai orang asli di Jornang, banjir 1989 membawa lumpur hitam bersamanya dan yang agak baru banjir balak (pokok-pokok kayu yang besar) tahun 2000 yang meranapkan dusun dan jambatan gantung yang sangat tinggi itu. Sampai sekarang tiada siapa yang dapat memberi jawapan bagaimana ada laluan ular yang besar dan panjang mudik ke sungai di belakang rumah arwah Lebai Desa itu selepas banjir.

No comments: