Monday, June 05, 2006

Cikgu Haryati

"Emm...lebih baik jogging dalam selimut" itulah kata-kata hikmat yang dilafazkan oleh Syabilah bila aku mengajaknya berjongging yang membuatkan aku lebih geram kepadanya, maka dengan rela paksa aku mengajak "awekku" yang paling setia iaitu "Siti Zafrul" seperti biasa ke Tasik Perdana setiap pagi Sabtu. Aku sungguh terharu bila pertama kali satu pasangan yang sungguh romantis berjogging sambil memegang tangan!. Dalam perjalanan pulang ke rumah aku berjumpa dengan Cikgu Haryati yang berasal dari Kelantan, macam-macam yang kami bualkan hingga kepada satu soalan berbentuk peribadi daripada mulut aku yang akhirnya membuatkan bergenang air matanya. Rupa-rupanya bakal tunangnya yang telah dikenali sejak 11 tahun lalu, baru sahaja dijemput oleh Yang Maha Esa bulan lepas. Menggelabah juga aku melihat air matanya bergenang, namun sebagai lelaki yang konon-kononnya "macho" terpaksalah aku berlagak tenang dengan mendengar tuturnya satu-persatu. Bermacam-macam perangai pelik yang dilakukan oleh arwah, beliau yang akan membuka sebuah klinik berkeras mahukan Cikgu Haryati merasmikan klinik tersebut walaupun dikatakan tidak masuk akal kerana sepatutnya orang kenamaan menjadi perasmi. Arwah yang kebiasaannya berkerja pada hari Ahad kerana mendapat RM 1000.00 sehari sudah tidak melakukan rutin tersebut kerana dia sudah tidak perlukan duit yang banyak. Moga Cikgu Haryati menjumpai "soul mate" nya suatu hari nanti tetapi yang pasti ia tidak akan sama dengan arwah.

No comments: