Tuesday, February 13, 2007

Suhu di Jalan Travers mencecah 24 darjah celcius pada pukul 6.59 pagi hari ini. Makcik Mah sudah pulang ke Sungkai menaiki bas pukul 8.03 pagi itupun atas belas ihsan pemandunya yang baik hati memberikan aku masa 3 minit untuk mengambil Makcik Mah yang sedang menunggu di atas platform aras 1, Pudu Raya. Jiran aku, Nini akan melangsungkan perkahwinan pada 10 Mac 2007 betul-betul seminggu selepas tarikh perkahwinan Lin, mungkin bulan Mac ialah bulan mengawan agaknya. Tiba-tiba terasa gatal mahu berkahwin yang teramat sangat pula bila melihatkan kad undangan perkahwinan yang disertakan gambar terkini dan sewaktu bayi oleh Nini. Kalau hendak di ikutkan sifat Ifrit yang ada pada aku mahu sahaja aku “publish” gambar tersebut sambil disertakan kutukan murni. Tetapi bila memikirkan Nini mempunyai ramai sepupu dan kedudukannya pun tidak jauh dari kampung aku terpaksalah aku membatalkan niat murni tersebut. Masih lagi soalan yang sama di tanya oleh Nini kenapa tiada satu awek pun di Vista Angkasa yang sangkut dengan aku, rasanya samalah jawapannya kenapa Azam asyik kalah bermain badminton semasa pertandingan akhir.

2 comments:

Anonymous said...

wlupun dipublish gambar tuh, tetap tak dpt mengalahkan kehenseman seseorg di bwh rimbun pokok kelapa huahahahah

Anonymous said...

hahaha, kesian pokok kelapa tuh, jgn lah ditebang.