Monday, March 26, 2007

Bekas tunang aku menyambut hari lahirnya yang ke 29 semalam dan hubungan kami masih baik sebagai kawan sehingga rencana ini ditulis berbanding sebagai kekasih sudah bernoktah kerana sifat panas baran aku yang tidak boleh dikawal jika berurusan dengan ayahnya. Adik jiran aku tiba-tiba meracau kelmarin hingga habis satu kampung dikerah untuk memegang badannya dan seperti biasalah Bomoh Zain dipanggil untuk tujuan itu dan seperti biasalah aku tidak berapa melayan jika yang meracau itu lelaki cuba yang meracau itu perempuan sudah tentu aku tidak pernah gagal melayan karenah mereka. Marah sungguh Bomoh Zain bila proses “scanning” dilakukan tidak berjumpa dengan jin-jin yang biasa tetapi cuma jin yang masih bersekolah bernama Mira dan boleh dihubungi melalui telefon bimbit. Inilah sifat bangsaku sejak azali lagi yang cukup aku kagumi kerana semua perkara harus dirujuk pada bomoh hinggakan bomohpun marah kerana membuang masa mereka kerana sepatutnya masa itu dapat digunakan untuk menangkap jin yang sebenar. Sebenarnya adik jiran aku sudah terkena “panah rajuna” dan biasalah orang lelaki tidak cukup tabah seperti orang perempuan dalam menghadapi dugaan putus cinta. Satu persoalan yang tidak dapat dijawab oleh aku ialah apabila Uda bertanyakan Makcik Mah kenapa abangnya tidak bertindak sedemikian rupa masa putus cinta dahulu, kalau hendak diikutkan sifat pahlawan aku mahu sahaja aku pijak-pijak dada adik aku itu jika tidak, dapat aku cekik-cekik lehernya pun jadila.

No comments: