Thursday, March 29, 2007

Sudah masuk hari ke 29 bulan Mac 2007 kesibukan aku masih tidak jauh berubah berubah seperti yang sebelumnya. Aku tidak mengambil pusing sangat tentang kesibukan itu dan tidak akan sesekali cuba untuk menghabiskan semua kerja tersebut dalam satu hari kerana kerja tidak mungkin akan habis. Kerana jika kerja itu habis bermakna dalam masa empat minggu bolehlah semua kakitangan di pejabat ini membuat “farewell” untuk diri sendiri sebelum syarikat ditutup. Kalau hendak diikutkan hati aku mahu sahaja aku mencabut wayar telefon kerana banyak panggilan yang menanyakan soalan-soalan yang tidak berapa mencabar tetapi oleh kerana aku sudah berjanji tidak akan melakukannya terpaksalah aku mengotakannya. Cuma sifat aku yang keras kepala ini bengang bila diajar cara-cara membuat kerja yang betul oleh orang yang mengisi borang pun asyik salah walaupun sudah bertahun-tahun bekerja. Oleh kerana guru silat aku menyamakan perlakuan aku seperti kucing maka nasihat aku lebih baik jangan bermain-main dengan “kucing” kerana ia suka bermain-main dengan mangsanya sebelum “membunuhnya” dan “kucing” itu pernah melakukannya.

2 comments:

aaj said...

Macam marah sangat kat 'orang tu...
Sapa le mahluk yg menjadi mangsa amarah terpendam. Jangan selalu buat muka marah, nanti cepat nampak tua sebelum waktunya...
he...he... ari ni awk tak sibuk ngan kerja-kerja 'paksarela' untuk farewell puan ke?

Maswafi Abd Samat said...

Hee...hee... tak bolehlah bagitau, tapi jangan risau minah tu dah tak lama kat sini tak sempat "kucing" tu nak bermain-main dengan mangsanya.

Kerja-kerja paksa rela itu sudah tiada lagi kerana i dah letak jawatan minggu lepas.