Thursday, March 01, 2007

Sekali lagi aku tergamam hingga menampakkan muka aku seperti muka Nathan yang baru memenangi Amanah Saham Toto bernilai RM 60 minggu lepas, cuma kali ini disebabkan panggilan telefon oleh Nurul yang banyak menerjah aku dengan soalan-soalan mautnya. Belum pernah aku menemui makhluk yang akan bekerja di sini yang berani sebegitu rupa, jika diikutkan sifat romantis aku mahu sahaja aku cubit manja pipinya yang gebu itu tetapi memikirkan kakaknya yang kecil dan sangat-sangat garang itu selalu berada di depan aku maka niat murni itu perlu dipendamkan hingga ke suatu masa yang akan diberitahu kelak. Kenapa aku masih belum berkahwin, kenapa dia tidak dipilih bekerja dua bulan lepas dan kenapa setelah kakitangan yang dipilih itu berhenti barulah syarikat aku memilih dia adalah di antara yang menjadi terjahannya. Oleh kerana aku percaya diri aku cukup hensem ketika itu habis jugalah segala perbendaharaan bahasa Melayu yang terpaksa aku gunakan untuk menjawab segala terjahan dari juara debat Sekolah Menengah Agama Tinggi Simpang lima, Sg. Besar itu yang fasih berbahasa arab. Dan yang paling aku takuti telahpun berlaku iaitu dia cuma menganggap aku hanya sebagai abangnya sahaja walaupun aku dapat menjawab dengan baik terjahannya mengenai status bujang empat aku.

3 comments:

Anonymous said...

hahahahahaha..

ayob tulakang

nafastari said...

encik maswafi,
u pernah keluarkan apa2 novel atau karya ke?
seronok dengan laras bahasa u guna

Maswafi Abd Samat said...

Terima kasih atas pujian melangit itu, jangan di puji sangat nanti aku jatuh pecah berderai. hee..hee..

Tak pernah pun keluarkan karya, cuma paling minat belajar sastera masa di sekolah dulu.