Wednesday, March 14, 2007

Kelmarin rumah jiran wanita di hadapan rumah aku dimasuki sewaktu semuanya sedang bekerja, ini adalah kes kedua rasanya tahun ini untuk tingkat yang sama. Akhirnya terbeli juga mesin basuh yang tertangguh selama 5 minggu itupun setelah campur tangan Fendi yang menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pelbagai alasan-alasan bangang yang diberi oleh Iwan seperti model yang tidak bagus dan kekurangan duit, jika mengharapkan Mat Khairi lebih baik tidak payah kerana diri sendiri pun gagal diuruskan selepas bertunang. Aku cukup hormat pada Fendi yang berumur 19 tahun tetapi nampak matang kerana dapat menyelesaikan masalah tersebut dalam masa 2 hari dan menepis segala alasan-alasan bangang tersebut.
-
Bila dihubungi oleh Delta Romeo semalam barulah aku perasan rupanya aku masih berguna di sini dan dia mahu meminjam aku untuk beberapa projeknya yang sedang berjalan rancak tetapi rasanya ia hanyalah mimpi sudah tentu jabatan aku sendiri yang menjadi penghalangnya. Kadang-kadang rasa kerugian menghabiskan wang hampir sepuluh ribu semata-mata untuk sijil dan diploma Sumber Manusia yang diambil tetapi tiada berlaku peningkatan kerjaya di sini dan keadaan yang sama juga berlaku jika aku berpindah ke jabatan lain yang tiada kena-mengena dengan sumber manusia. Mungkin aku patut mengikut jejak jurutera Kamaruddin Kasby yang bekerja lain daripada bidang yang diambil untuk menjadi pekerja yang lebih baik kerana banyak kelebihan.

No comments: