Monday, March 19, 2007

Kepenatan di tahap gaban selepas berlari sejauh 42.195km tanpa henti semalam betul-betul melenakan aku tanpa mendengar suara-suara kecil di dalam kepala yang selalu mengganggu hidup aku. Firdaus masih lagi mendahului dengan catatan masa di bawah 4 jam yang mana aku sendiri mengambil masa 4jam 26minit 10saat dan Zafrul 5jam 10minit untuk marathon penuh Kuala Lumpur International Marathon yang diadakan secara gemilang di Dataran Merdeka melayakkan kami menerima baju dan medal “finisher”. Saat-saat kritikal marathon yang disamakan jarak perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Rawang bagi aku dan kebanyakan orang aku rasa ialah semasa jarak berbaki 12km kerana kesakitan yang amat sangat pada lutut aku. Adidas dan Power Bar mengambil langkah bijak kerana menempatkan krew di jarak tersebut menggemakan slogan “Imposibble is Nothing” bersama pancuran air dan memberi Power Jelly untuk memastikan kami menamatkan perlumbaan. Larian aku sudah mula mengangkang ketika jarak berbaki 2km seperti pengantin baru yang baru dikerjakan oleh suaminya pada malam pertama dan keadaan itu masih tidak berubah ketika rencana ini ditulis. Namun tiada seorangpun yang pengsan seperti Larian Terowong yang lepas cuma kecederaan kecil seperti melecet dan kejang otot.
-
Kekecewaan aku kerana tidak dapat pergi ke Yong Yap memang berasas bila aku gagal mengekalkan rentak pada baki 12km kerana ia adalah salah satu daripada jadual latihan yang wajib dilengkapkan untuk marathon penuh untuk menguatkan otot kaki. Ramai yang bertanya tentang kedudukan aku di kalangan semua peserta rasanya jika dikumpulkan semua ahli persatuan Orang Bujang Taman Desa pun masih belum cukup jari tangan dan kaki mereka untuk dibuat kiraan. Bagi aku yang penting bukan kedudukan di kalangan jumlah peserta ataupun keperluan mengatasi mentor aku Firdaus tetapi masa yang dicapai untuk mengatasi diri sendiri.
-
Ayob, Farrah, Shahrul, Farid, Erra, Jue, Zainul dan Ezaad berjaya menamatkan larian sejauh 21km di bawah masa 3jam dan melayakkan mereka semua menerima medal, cuma masa mereka sedikit perlu diperbaiki jika mahu memasuki PJ Half Marathon yang terkenal dengan “kiasu”nya kerana jangankan medal, sijil pun tidak akan diberi jika tidak menepati masa minimum yang diberikan. Sham yang baru pulih daripada sakit cuma memasuki larian 10km bersama Marsha berada di kedudukan bawah 300 juga layak menerima medal. Secara keseluruhannya aku memberi 4 bintang kepada penganjur iaitu AMBank dan DBKL kerana memperkenalkan penggunaan kapsul masa, penyediaan 12 stesyen air 100 plus termasuk air mineral dan span, keselamatan peserta di jalan raya dan pasukan perubatan yang mencukupi.

4 comments:

Anonymous said...

adehh...nak tercabut kepala lutut nie..itu baru tamatkan larian 21km apa pon tahniah untuk ngko,fidarus dan zafrul kerna berjaya tamatkan larian 42km tanpa henti..
ni la kali pertama haku berlari tanpa henti sejauh nie sejak dari Penang Bridge International Marathon yang tak sampai 10km pon da berhenti dan berjalan,semalam haku berjaya menamatkan larian dengan masa 2jam 40minit mungkin
akan datang nanti haku akan cuba pecahkan masa nie.
tahniah untuk diriku juge hehehehe.. :)

-ayob-

Farrah said...

"abang" wafi, congrates sebab dapat habiskan larian 42km tanpa henti. suspek gila la. i lari 11km dah start stop2. rasa nak pitam!! nampaknya u akan jadi benchmark i lepas ni. tapi kaki/buku lali i terseliuh teruk ni sob2. i berjalan terhenjot2. ptg ni mak i nak bawak pergi urut. nmpknya i kena balik kl drive manual dan menahan sakit. semoga tak bentan jer la.

i dah tender!!!!!

Anonymous said...

Wafiiiiii... tahniah beb.. nanti training la brenang laks... kata nak join ironman..

jnul

ezaad said...

Tahniah. Rasa aku sume cool-runners akan mengikut jejak langkah ko di KLIM tahun depan.