Thursday, March 08, 2007

Sibuk juga aku dikerjakan minggu ini terutama dalam merekodkan invoice perubatan untuk bulan Januari yang masih tertangguh begitu lama hinggakan menerima surat-surat cinta. Kerana aku bukannya seperti Azam dan Fadhli yang tidak bertanggungjawab semasa bekerja maka terpaksa jugalah aku menyusun segala perbendaharaan yang ada dalam bahasa Melayu demi memberikan janji-janji manis kepada mereka sebelum perkara ini sampai kepada bos aku. Dan seperti biasalah Murni, Siti, Liza, Chatelina dan Carmen serta beberapa nama lelaki yang aku terlupa mengingatnya akan mengatakan aku ini sangat-sangat jujur dan sangat-sangat nakal kerana begitu berani mengaku segala kesalahan yang dilakukan dan langsung tidak pernah menepati janji. Itu tidak termasuk surat jaminan kakitangan yang mahu mendapatkan rawatan pakar yang aku jamin menggunakan air liur sahaja hinggakan terpaksalah Ms. Daisy “orang besar” di hospital Taman Desa menghubungi aku melalui talian bimbit aku yang dia perolehi dengan membuka fail aku di situ untuk memastikan surat jaminan sampai kepadanya.

No comments: