Monday, March 12, 2007


Walaupun pasti aku sudah menghampiri Firdaus di garisan penamat tidak begitu terasa keghairahan seperti sebelum ini mungkin kerana inilah larian yang paling sayu sepanjang hayat aku. Belum pernah begitu banyak peserta lelaki yang menghentikan langkah lebih awal kerana kesukaran bernafas dan kepanasan itu tidak termasuk yang muntah serta pengsan. Jika aku ini Khairy Jamaluddin sudah tentu aku akan mengharamkan sama sekali larian 13km ini diadakan di planet bumi dengan alasan larian tersebut sangat berisiko samalah seperti mengadakan larian di tingkat bawah tanah kawasan meletak kereta Mid Valley. Tetapi jika setakat mahu menjadi model jenama Mizuno dan New Balance tidak berbayar seperti Zainul dan Ezaad di sepanjang terowong amatlah dialu-alukan untuk diabadikan gambar itu kepada anak cucu mereka ataupun bolehlah digunakan untuk mengayat awek-awek di pejabat mereka. Sakit kepala aku kerana kepanasan, kesukaran bernafas dan mendengar beribu bunyi tapak kaki itu belum termasuk empat bayang-bayang aku sendiri yang sentiasa mengekor yang tercipta kerana kedudukan lampunya. Keadaan itu memberi tekanan fizikal dan mental kepada kepada sesiapa sahaja dan masih lagi terasa sakit dada aku hingga ke hari ini. Terfikir juga aku adakah berbaloi risiko yang ditanggung hanya untuk mendapatkan tempat antara 150 terpantas daripada 1300 peserta lelaki? Firdaus menduduki tempat ke 89, Erra di tempat ke 48 dan Marsha antara 100 terpantas peserta wanita yang melayakkan mereka menerima medal bersama aku. Hanya dua bintang yang dapat aku beri dari segi penganjurannya kerana risiko yang terpaksa ditanggung, kehabisan air mineral di dalam terowong, tiada papan tanda jarak larian dan maklumat yang dibekalkan sentiasa berubah sejak hari pendaftaran.

4 comments:

Anonymous said...

ingat hensem sgt ler tu posing sblh awek....tgu ler Ambank KL marathon hujung minggu ni aku rembat awek tu dr tgn korang hehehe. -angah-

Anonymous said...

hehehehehe..tunggu la ahad nie juge haku hakan pastikan yang haku hakan dapat medal ari tuh...
huhuhuhuhuhhu...

ayob tulakang :p

Anonymous said...

opsss..luper nak kabo kat kamu..tahniah untuk diriku kerna menamatkan larian tanpa berhenti dengan catatan masa 1 jam 26 minit hehehehehehe... :D
harap2 KLIM 21km nie pom begitu juge...

-ayob-

Maswafi Abd Samat said...

Amboi2 korang bermaharajalela dalam blog aku ye!

Angah!

Baik kau berlatih sebelum disayur oleh Marsha.

Ayob!

Hang pandai ye! nak dapat medal masuk 21km (tahap selamat) biarkan aku sorang2 masuk hospital. Anyway tahniah semalam tapi dada aku sakit lagi le!