Friday, April 27, 2007
Thursday, April 26, 2007
Azam yang sudah lama tidak berbunyi tiba-tiba mengutuk aku bahawa segala kesulitan yang aku alami berkenaan "software" yang baru dibeli sebenarnya berpunca daripada kesungguhan aku memerhatikan "trainer" dan bukannya kesungguhan mendengar apa yang diajar. Jika aku ini ADUN Seputeh sudah tentu aku melantiknya menjadi bilal di Taman Desa di atas nasihatnya itu dan aku juga tidak faham kenapa dipaksa memujinya hanya kerana telah berjaya menyelesaikan masalah "database" yang aku alami. Banyak sungguh soalan-soalan maut yang diterima semenjak dua menjak ini ekoran daripada kesibukan tugas aku yang sudah ke tahap gaban mungkin juga soalan itu akan terjawab dengan sendirinya pada hari "kebesaran" aku.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
6:00 PM
0
comments
Tuesday, April 24, 2007
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:19 AM
2
comments
Sunday, April 22, 2007
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
11:51 AM
7
comments
Labels: Larian
Saturday, April 21, 2007
Ada juga pelanggan yang datang secara "walk in" terus ke "show room" Kondominium Casa Desa hari ini tanpa membuat temu janji terlebih dahulu untuk melihat jenis-jenis keluasan dengan harga yang ditawarkan. Namun ia bukanlah masalah besar sangat kepada "raja putar alam shah" seperti aku, cuma yang menjadi masalah kepada aku bila soalan kenapa bilik air lebih besar daripada bilik orang gaji, penat jugalah hendak memutarnya. Kalau setakat bagaimana mahu mengganti langsir atau mencuci tingkap kaca yang tinggi itu sudah tentu jika mereka akan terkagum dengan jawapan aku iaitu jika seseorang itu mampu membeli rumah berharga hampir setengah juta mesti mereka mempunyai cara yang mudah untuk tujuan itu. Saja aku bertanyakan feng shui tempat tersebut kepada seorang pelanggan kaum tionghua dan jawapan yang diterima ialah tempat tersebut tidak mempunyai "ong" kerana berhampiran dengan Hospital Taman Desa tetapi dia tidak peduli semua itu kerana dia sukakan kondominium tersebut. Sesudah Unit Pemproses aku digantikan dengan Intel Core 2 Duo yang lebih kecil saiznya barulah aku perasan pelbagai khazanah tersimpan di bawahnya yang mungkin boleh dijual semula.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
6:53 PM
0
comments
Friday, April 20, 2007
Kalau mengikut kiraan matematik menggunakan jari tangan dan kaki aku rasa sudah tidak ada keperluan untuk mengampu para-para pembesar di sini untuk barang sepurnama kerana “performance appraisal” sudahkan dihantar kepada Jabatan Sumber Manusia untuk dibuat analisis. Namun gambar yang diambil secara “kandid” cukup hebat menterjemahkan segala isi hatinya yang kuat mengampu para pembesar di sini. Menurut Syahril peristiwa ini pernah berlaku 2 tahun yang lepas semasa makhluk ini mengangkat kotak untuk keperluan pembesarnya dan kesan daripada itu dia telah mendapat kenaikan pangkat tahap gaban. Akhirnya pagi ini dapat juga aku betul-betul berbual dengan Mat Khairi yang telah “hilang” bertenet semenjak bertunang bulan lepas. Sudah 3 hari awek-awek cun Vista Angkasa blok 6 dan 7 turun di tingkat bawah berhampiran tangki air bersih sementara DBKL dengan baju-baju tidur terkini dan berkain batik untuk mengambil air pada malam hari kerana masalah gangguan air. Patutlah Zubir playboy rasa menyesal seperti kucing hilang girlfriend semasa berpindah dari sini dulu.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:21 AM
0
comments
Thursday, April 19, 2007
Akhirnya Azam dan Fadhli menyerahkan semua perkakasan komputer jenama Dell kepada aku apabila campur tangan banyak pihak dan aku sendiri mengugut untuk dipindahkan ke tingkat 10 semata-mata untuk memotong tuntutan kerja lebih masa mereka. Walaupun aku ini termasuk di dalam kategori makhluk yang agak jahat tetapi rasanya tidaklah sangat-sangat jahat seperti mereka berdua. Batin aku cukup terseksa seperti seorang isteri tidak mendapat nafkah batin akibat perbuatan mereka berdua apabila memberikan aku satu persatu bahagian komputer bermula daripada monitor, papan kekunci, tetikus mondok dan terakhir sekali Unit Pemproses (CPU). Ada juga idea bernas daripada Zubir playboy yang menyuruh aku memasang sendiri komputer tersebut yang telah lama berada di sini, memanglah idea itu boleh dilaksanakan tetapi nanti mereka berdua tiada kerja pula lagipun mereka itu bukannya mempunyai banyak kerja melainkan menjadi “tokkan” melihat kenaikan yang tidak turun-turun saham-saham AB Fund, American Index, Windlifund dan Swiss Cash.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
7:59 AM
0
comments
Wednesday, April 18, 2007
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:10 AM
0
comments
Tuesday, April 17, 2007
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:02 AM
0
comments
Monday, April 16, 2007
Terasa seperti mahu pecah dada ini ketika menamatkan 5 km Larian Anti Dadah anjuran Kolej Cybernatics di Kompleks Maluri kelmarin dan sakit lutut kiri sudah datang kembali. Saja aku menjalankan ujikaji tersebut walaupun tanpa latihan langsung kerana merehatkan kaki selepas pulang dari Yong Belar sebagai menyahut suara-suara nakal yang mengatakan bahawa aku akan disayur masak lemak kobis untuk larian di bawah 5km. Dengan catatan di bawah 25 minit meletakkan aku dalam kelompok 30 terbaik bersama-sama “orang luar”, “runners” SMK Miharja dan sedikit dari pelajar kolej itu sendiri untuk laluan rata seperti di MPSJ walaupun aku mengharapkan lebih banyak bukit yang merupakan kelebihan kepada aku. Aku rasa pertarungan itu cukup adil kerana rata-rata pelajar lelaki kolej yang berjumlah lebih 500 orang yang dipaksa rela memasuki larian tersebut berumur 23 tahun ke bawah dan ini membuktikan diri kita sebenarnya lebih daripada apa yang difikirkan. Secara kesuluruhannya aku memberikan 3 bintang setengah untuk nasi lemak daun pisang yang masih panas, keselamatan, penglibatan peserta dan kebersihan namun ia masih tidak boleh lari daripada protokol yang tinggi kerana melibatkan VIP seperti di Universiti Malaya.Entah bagaimana semalam Bangla pun menganggap aku buruh Indonesia apabila mendekati aku menanyakan sama ada aku mengambil “sub” atau berkerja mengikut “kong” semasa melakukan kerja-kerja mengecat rumah. Mungkin betul pandangan Farrah terhadap aku bahawa aku terlalu menampakkan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara yang aku suka. Perkara ini berlaku sebagai memenuhi permintaan Ari dan Gee yang mahu aku menolong mereka mengecat rumah teres dua tingkat mereka di Subang. Aku sebenarnya tidaklah kisah sangat mengecat rumah mereka itu tetapi bila disuruh menjadi perunding imej untuk memadankan warna itu yang memeningkan kepala aku, mana tidaknya warna yang dipilih semuanya warna-warna untuk mendirikan sebuah tadika!

Posted by
Maswafi Abd Samat
at
7:48 AM
0
comments
Labels: Larian
Friday, April 13, 2007
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
11:44 AM
0
comments
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:49 AM
0
comments
Puncak Gayong dan Korbu dari Yong Belar
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:44 AM
0
comments
Labels: Gunung
Thursday, April 12, 2007
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
7:34 PM
0
comments
Orkid hutan di ketinggian 6000 kaki
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
7:10 PM
0
comments
Labels: Gunung
Wednesday, April 11, 2007

Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:17 AM
0
comments
Tuesday, April 10, 2007
Monday, April 09, 2007
-
15 minit pertama Zafrul sudah mengeluarkan senyuman makrifatnya apabila Tyson sudah terduduk keletihan selepas mendaki tangga “Good Morning Sir” yang terletak selepas terowong air dari Kelantan. Aku dan Ayob terpaksalah bersubahat dengan Zafrul menyayur Tyson hingga ke akhir cerita yang merupakan mangsa keempat Zafrul kerana pernah menyayurnya semasa di ITM dulu. Perjalanan ke Kem Tudung Periuk mengambil masa 5 jam dan seterusnya ke tempat perkhemahan kami iaitu Kem Kasut mengambil masa 4 jam. Kami terpaksa berjalan malam untuk sampai ke Kem Kasut dan aku agak terkejut kerana Ayob tidak membawa lampu suluh kerana kononnya melakukan latihan mata.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
7:54 AM
1 comments
Labels: Gunung
Thursday, April 05, 2007
Bolehkah aku menjadi penunjuk arah?
From: zefroole shimmery [mailto:zefroole12@yahoo.com]
Sent: Thursday, April 05, 2007 2:23 pm
To: Boon Leong Chin; Maswafi B. Samat; Tang; isa@uemland.com; Mohamad Khairi Fauzi
Cc: Zafrul Shamry Abdul Karim
Subject: Re: Yong Belar 7,156 kaki
Spt yg di janjikan, usaha saya utk reduce cost tercapai. Dpd RM180, kamu semua hanya perlu bayar RM120 sahaja. Tapi kita semua tak akan pakai Guide. Saya dan Wafi akan guide kamu. Guide semua tak available.
Kita akan bertolak tepat pukul 5:00am dari Faber Towers, Tmn Desa. Jadi kita boleh la mula berkumpul di Faber Tower bermula 4:45am esok pagi Jumaat 6 April 2007.
4WD akan tunggu kita di Balai Polis Kampung Raja, Cameron Highlands bermula pukul 9:45am. 4WD akan bertolak 10:00am dan di jangka sampai di tempat mula trekking dlm masa 45 minit - 1 jam. Kita boleh mula trekking pukul 11:00am.
Kita akan ambil masa 3 hari utk pendakian ini dan di jangka kita keluar dari Gunung itu selewat2nya pukul 5:30pm hari Ahad 8 April 2007. Kita akan target sampai Faber Towers pukul 11pm.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
2:38 PM
1 comments
Entah kenapa untuk kali kedua aku gagal ke Chamah, Gua Musang antara G7 di Semenanjung Malaysia yang sepatutnya bermula malam ini dan akan digantikan dengan G7 yang lain iaitu Yong Belar. Kegagalan itu disebabkan oleh masalah cuaca yang tidak menentu, karenah penunjuk arah yang banyak ragamnya dan kesusahan mencari pendaki walaupun dengan kos yang paling minimum. Mungkin benar kata Zafrul, kami sepatutnya cuba untuk mengikut kumpulan yang sudah lama bertapak seperti Karat atau Gunung Online untuk melihat cara mereka menguruskan pendaki yang kebanyakannya orang luar. Bila nama Yong Belar disebut ia sudah cukup menaikkan bulu roma aku kerana ia sangat ditakuti oleh aku kerana pernah sesat di perutnya, perjalanannya terlampau jauh walaupun tidak secerun Nuang dan aku pernah gagal sebagai chef di situ.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:19 AM
1 comments
Wednesday, April 04, 2007
Rasa bersalah aku melanggar lampu merah Kg. Kerinchi setiap hari sudah tiada semenjak 5 hari lalu kerana ia masih lagi rosak. Azam muncul tiba-tiba muncul semalam tetapi kelihatan seperti “kucing hilang girlfriend” bila aku tanya apa yang merunsingkan kepalanya jawapannya ialah ia masih belum mampu mengampu Pengarah Urusan yang baru kerana tidak dapat menyelesaikan masalah “set up” emel di talian telefon bimbit. Sebenarnya Azam pun jenis yang keras kepala juga seperti aku kerana tidak mahu menerima bantuan aku yang mahu menghubungi Zubir playboy untuk tujuan itu. Malas sudah aku mahu mengutuknya kerana makin dikutuk masih kuat dendamnya pada aku bayangkan komputer baru yang diminta masih belum sampai dan bila disiasat melalui semakan “online” semalam ia masih di atas kapal terbang. BHP Orange Fun Run yang mahu aku daftarkan untuk rakan-rakan aku telahpun penuh, almaklumlah pendaftaran percuma sudah tentulah bangsa Malaysia begitu cepat bertindak tambahan pula akan mendapat beg percuma semasa hari tersebut.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
11:11 AM
3
comments
Monday, April 02, 2007
Di atas permintaan aku, kelmarin aku ke Nuang bersama Zafrul untuk menebus kekecewaan aku yang gagal ke Yong Yap bulan lepas dan dalam masa yang sama membuat “post mortem” kenapa berlaku kesalahan-kesalahan di Korbu dan kegagalan projek yang dirancang. Dikesempatan itu juga Zafrul dilihat mengambil kesempatan menyayur Rajan yang baru pulang dari Qatar, kasihan pula aku melihatnya yang tercungap-cungap di Kem Lolo dan hanya mampu bertahan di Kem Pacat sahaja tetapi sebagai protégé Zafrul terpaksalah aku turut sama bersubahat dengannya sebagaimana yang berlaku kepada Warren dan Aida kerana pernah menyayur Zafrul sewaktu mereka “remaja”.-
Semalam hujan lebat dan angin laut yang kuat menjadikan PD Half Marathon ujian cuaca yang paling hebat setakat ini kerana ia tidak pernah berhenti sepanjang pertandingan. Keadaan itu menyebabkan jarak penglihatan menjadi amat terhad, jalan berlecak dan licin, namun Firdaus, aku dan Farid masih mengekalkan catatan di bawah 2 jam untuk jarak sejauh 21km. Aku ketinggalan 12 minit di belakang Firdaus yang menduduki tempat 20 antara yang terpantas dan masih mendahului Farid sebanyak 3 minit dengan catatan masa 1 jam 50 minit. Marsha yang berlari 11km menegur aku bahawa suatu hari nanti aku akan dapat mengalahkan Firdaus jika aku melakukan latihan yang berterusan yang aku sambut dengan senyuman manis. Ini kerana biasalah dalam pemikiran bangsa Melayu seperti aku ini sebenarnya mempunyai idea yang lebih “advanced” iaitu mahu melanggar sahaja kaki Firdaus dengan motor aku itu supaya tempang itu belum termasuk mahu meletakkan racun tikus ke dalam minuman Ayob, Zafrul, Ezaad dan Zainul yang sudah semakin pantas supaya tidak dapat bersaing dengan aku.
Ayob sudah lebih pantas 15 minit daripada KLIM cuma masih perlu mencari formula untuk pantas 5 minit lagi sebelum menyertai MPPJ Half Marathon. Zati dan Rozanna walaupun baru pertama kali memasuki larian dapat menamatkan 11km dengan baik. Farrah terpaksa menarik diri di saat akhir kerana masalah kecederaan kaki selepas KLIM dan Sham yang memasuki larian 11km juga masih mengalami masalah sakit belakang maka terpaksalah aku menasihatkan mereka supaya berjumpa doktor seberapa segera kerana biasalah jika dibiarkan mereka akan berjumpa bomoh dahulu sebelum berjumpa doktor. Nampaknya aku masih ditegur cara berpakaian kerana tidak nampak seperti seorang “runners” dengan mengenakan baju cap ayam walaupun berlari untuk jarak 42km, hebat sungguh dakyah Yahudi kerana dapat mempengaruhi pemikiran bangsaku demi melakukan barangan mereka walhal kita cuma membazir wang membeli “jenama” tetapi stamina masih ditakuk lama. Secara keseluruhannya cuma 2 bintang setengah yang dapat diberi kepada penganjur kerana tiada promosi, jadual pelepasan yang tidak tepat, suasana yang kelam kabut semasa perlepasan dan indah khabar dari rupa tetapi pujian 5 bintang harus diberi kepada anggota Polis Trafik dan RELA kerana sanggup basah kuyup kerana hujan lebat dan air banjir menjaga keselamatan kami.
Posted by
Maswafi Abd Samat
at
8:28 AM
0
comments
Labels: Gunung
