Tuesday, April 17, 2007

Tiba-tiba sakit perut aku menjadi-jadi semalam semasa sudah berada di pejabat hingga memaksa aku mengambil cuti sakit, tidak diketahui puncanya pula tapi ia bermula pada pagi Ahad lalu selepas aku memakan nasi lemak di kedai Mak angkat aku tapi yang peliknya Zubir playboy sihat walafiat pula walaupun makan bersama-sama aku, dan tidak mungkin penyakit itu disebabkan kepenatan oleh kerana mengecat “tadika” kepunyaan Ari dan Gee di Subang. Walaupun sedang bercuti sakit banyak pula kakitangan pejabat yang menghubungi telefon bimbit aku bertanya tentang masalah cuti dan tuntutan kerja lebih masa, rupanya lebih seronok melayan kakitangan pejabat di rumah sambil menonton TV. Azam sudahpun berjaya menukar monitor komputer aku kepada “flat sceen” insyaallah bulan November tahun ini dapatlah aku pula komputer baru yang sudah terpakai.

No comments: