-
Entah bagaimana semalam Bangla pun menganggap aku buruh Indonesia apabila mendekati aku menanyakan sama ada aku mengambil “sub” atau berkerja mengikut “kong” semasa melakukan kerja-kerja mengecat rumah. Mungkin betul pandangan Farrah terhadap aku bahawa aku terlalu menampakkan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara yang aku suka. Perkara ini berlaku sebagai memenuhi permintaan Ari dan Gee yang mahu aku menolong mereka mengecat rumah teres dua tingkat mereka di Subang. Aku sebenarnya tidaklah kisah sangat mengecat rumah mereka itu tetapi bila disuruh menjadi perunding imej untuk memadankan warna itu yang memeningkan kepala aku, mana tidaknya warna yang dipilih semuanya warna-warna untuk mendirikan sebuah tadika!

No comments:
Post a Comment