Saturday, April 21, 2007

Ada juga pelanggan yang datang secara "walk in" terus ke "show room" Kondominium Casa Desa hari ini tanpa membuat temu janji terlebih dahulu untuk melihat jenis-jenis keluasan dengan harga yang ditawarkan. Namun ia bukanlah masalah besar sangat kepada "raja putar alam shah" seperti aku, cuma yang menjadi masalah kepada aku bila soalan kenapa bilik air lebih besar daripada bilik orang gaji, penat jugalah hendak memutarnya. Kalau setakat bagaimana mahu mengganti langsir atau mencuci tingkap kaca yang tinggi itu sudah tentu jika mereka akan terkagum dengan jawapan aku iaitu jika seseorang itu mampu membeli rumah berharga hampir setengah juta mesti mereka mempunyai cara yang mudah untuk tujuan itu. Saja aku bertanyakan feng shui tempat tersebut kepada seorang pelanggan kaum tionghua dan jawapan yang diterima ialah tempat tersebut tidak mempunyai "ong" kerana berhampiran dengan Hospital Taman Desa tetapi dia tidak peduli semua itu kerana dia sukakan kondominium tersebut. Sesudah Unit Pemproses aku digantikan dengan Intel Core 2 Duo yang lebih kecil saiznya barulah aku perasan pelbagai khazanah tersimpan di bawahnya yang mungkin boleh dijual semula.

No comments: