Wednesday, April 11, 2007


Disebabkan suatu urusan yang tidak dapat dielakkan terpaksalah aku menghabiskan RM 14.00 mengambil gambar ukuran pasport yang baru tetapi ia ternyata berbaloi kerana barulah aku perasan bahawa muka aku telah banyak berubah daripada 5 tahun lepas, semacam sudah melakukan pembedahan buang lemak di bahagian tengkuk aku dan biasalah kalau bangsaku melihat sudah tentu mereka akan mengatakan aku memakai susuk paling-paling tidak mereka akan mengatakan itu kembar aku yang kuat makan. Sudah dua hari aku ditimpa penyakit angau hingga menyebabkan langsung hilang kemahiran aku untuk menulis semenjak dua menjak ini, cuma aku berharap ia tidak berlanjutan kerana Azam, Fadhli dan Nik Shafini bukannya boleh dibiarkan bermaharajalela sangat nanti Dato’ Maharajalela pun letak jawatan.

No comments: