Wednesday, April 18, 2007

Marah betul Nurul dengan aku apabila aku meminta dia memberikan sekeping lagi gambar untuk dibuat kad pengenalan diri dan menyuruh aku memulangkan gambar yang telah rosak, mungkin takut aku membomohkannya agaknya tapi kalau Pak Su pemilik telefon bimbit cap ayam itu mungkin juga berlaku. Entah macam mana aku boleh merosakkan gambar asal yang diberi semasa cuba menghilangkan tompok-tompok hitam dengan “cellophantape” walhal sebelum ini amat mudah untuk dilakukan. Didi menunjukkan muka monyok tupainya malam tadi gara-gara “kantoi” bermain Myspace dengan aweknya, maka terkeluarlah tazkirah ringkas daripada adik-beradik jin yang sangat berguna iaitu orang lelaki boleh bermain kayu tiga tetapi hendaklah memastikan jangan “kantoi” langsung jika tidak mesti “frust” menonggeng atau lebih mudah jangan main bermain dengan api langsung nanti terbakar bulu kucing. Entah banyak kali aku asyik terserempak dengan Aidil menantu Mak angkat aku bila mahu keluar makan dengan Zubir playboy. Puas juga aku menyakinkan dia malam tadi bahawa kali ini aku keluar dengan awek hingga membuatkan dia tergamam seolah-olah aku ini tidak layak mempunyai awek, walaupun aku ini kurang hensem tetapi tidaklah sangat-sangat tidak hensem. Namun hendak pecah perutnya mentertawakan aku bila Zubir playboy memberhentikan Proton Wiranya di sebelahnya sambil mengajak aku makan di Char Kueh Teow Kerinchi, rasa mahu sahaja aku pijak-pijak Zubir playboy pada masa itu dan betullah kata Makcik Mah tidak baik berbohong.

No comments: