Sunday, April 22, 2007

Rasanya aku dan Farrah pagi ini cukup-cukup di sayur masak lemak kobis oleh hampir semua kawan-kawan aku apabila kami sama-sama mencatat masa masa 1 jam 18 minit untuk Power Run sejauh 10km mengikut laluan Bukit Tunku dan ini merupakan kali kedua aku menjadi regu Farrah selepas MPAJ Run tahun lepas. Kasihan aku melihat Farrah yang terpaksa berhenti beberapa kali kerana senak perut dan hampir pitam hanya kerana mahu mengejar medal yang ke 60 itu. Tapi aku rasa aku patut lebih kasihan pada diri aku sendiri bila lari sedikit mengengkang kerana sakit pada lutut kiri seperti "sang isteri yang baru dikerjakan oleh suaminya pada malam pertama" dan mungkin menduduki tempat yang keseribu lima ratus lima belas agaknya.
-
Firdaus masih lagi dihadapan untuk tempat ke 40 sama tempat dengan Erra bagi kategori wanita, Zafrul berjaya melakukan catatan di bawah masa 59 minit dan aku percaya Zainul pun tiada masalah untuk melakukan catatan masa seperti itu. Ayob dan Yazid walaupun tidak mendapat medal masih mampu tersenyum kerana dapat memotong aku untuk kesekian kalinya seperti mereka akan mengadakan kenduri pulut kuning meraikan kejayaan selepas ini dan kalau mereka dapat menyayur aku untuk 42km mahu rasanya mereka menyembelih kerbau untuk mengadakan majlis kesyukuran. Jue mendapat kecederaan lutut yang agak serius dan Marsha tiba-tiba mendapat kekejangan otot selepas tamat larian. Secara keseluruhannya aku memberikan hampir 3 bintang setengah daripada segi keselamatan dan penganjurannya. Sebenarnya aku memang keras kepala mahu memasuki larian ini walaupun belum betul-betul cukup bersedia atas alasan bahawa kekalahan itu salah satu daripada proses kehidupan dan sekurang-kurangnya sifat keras kepala yang wujud pada Farrah itu menyebabkan dia tahu bahawa dia sudah semakin pulih.

7 comments:

Anonymous said...

Terima kasih kerana membenarkan aku 'sayur' kau. Mountain Joe.

Maswafi Abd Samat said...

Tak guna kau!!!

Anonymous said...

Aku akan pastikan Pak Guard U.M. tak kasi kau masuk training lagi...Mountain Joe

Maswafi Abd Samat said...

Aku bomohkan kau nanti baru kau tau!!! aku kalau dalam bab bomoh membomoh memang terror!

Farrah Arris said...

guys...guys...relax.

Anonymous said...

hehehehehe..
Wafi ngko tanak ucapkan tahniah kat haku ker..huhuhuhuhu
pasni banyak la modal untuk haku buat cerita..hahahahaha
kalo da tau sakit buat pe masuk..
dok la umah jer..rehat sampai pulih..adehhh...kalo alasan ngko tuh..sakit lutut sebab tuh haku dapat sayurkan ngko..jangan harap la haku nak terima alasan tuh..
hahahahaha..

-aYob-

Maswafi Abd Samat said...

Tak guna kau!!! petang karang aku pancitkan tayar motor kau!!