Rasa tenang jiwa aku bila Pian dan Farrah sudah memberikan reaksi positif terhadap aku di saat-saat akhir tinggal di
Monday, December 31, 2007
Monday, December 24, 2007
Pagi semalam aku ditinggalkan jauh oleh Hailmi apabila memasuki pusingan ke 3 di Bukit Cinta Damansara, entah kenapa dada aku begitu sakit apabila melewati jarak 13 ribu meter mungkin Hailmi terlalu laju buat aku sekarang ini. Penangan itu membuatkan aku seolah-olah tidak bermaya hingga sekarang walaupun sudah mengambil karbohidrat yang mencukupi. Jalan raya dan keadaan lif pun tidak begitu sesak menandakan masih ramai yang bercuti hingga ke hari Krismas yang jatuh pada tarikh Marsha melangsungkan perkahwinannya. Aku sendiri pun agak malas untuk pergi bekerja hari ini, hingga memaksa diri berkali-kali hanya cuma untuk menyeterika baju malam tadi ia sesuatu yang jarang sangat perkara ini berlaku dalam hidup aku.
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:28 AM 1 comments
Wednesday, December 19, 2007
Nama anak Kak Munah itu asyik disebut sahaja sejak akhir-akhir ini dan khabar-khabar angin mengatakan dia sudah mempunyai “boyfriend” yang kurang kacak sedikit daripada aku. Entah kenapa aku sedikitpun tidak berasa kecewa walaupun secara jujurnya memang aku tergila-gilakannya dan jantung aku mesti bergerak pantas kalau dia lalu di hadapan aku walaupun cuma melihat gambarnya apatahlagi bertentang mata semasa menemuduganya. Dari dahulu lagi dan aku tidak pernah menggunakan kelebihan yang ada untuk menguratnya kerana aku boleh sahaja menghubunginya melalui telefon bimbitnya yang dicatat pada resume dua tahun lalu mungkin tiada “chemistry’ agaknya dan aku juga akan merasa bahagia jika dia bahagia.
Posted by Maswafi Abd Samat at 7:59 AM 0 comments
Monday, December 17, 2007
Hanya pokok kelapa sawit yang berada di lautan banjir dapat dilihat semasa perjalanan ke Kuantan pada sabtu dan ahad, air masih berada di tahap bahaya dan bila-bila masa boleh melimpah ke lebuh raya Pantai Timur jika berlaku hujan lebat. Kumpulan “The Frans” yang meletakkan aku sebagai pelari simpanan mendapat tempat ketujuh di dalam Larian Berganti-ganti Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang. Aku percaya keputusan yang dibuat oleh kapten adalah tepat memandangkan aku masih belum pulih sepenuhnya. Laluan sejauh 15km daripada IKIP Taman Gelora hingga ke Yayasan Pahang sebelum berpatah balik mempunyai banyak jalan rata cuma sedikit bukit di jambatan menyeberangi Sungai Pahang dimana 5 peserta di dalam setiap pasukan perlu berlari 2.4km hingga 3.5km.
Aku mengambil keputusan untuk melawan kumpulan aku sendiri daripada menanggung bosan menunggu di garisan penamat melalui kaedah 1 lawan 5 melalui jalan yang sama. Terbukti Farid, Afad, Nazib, Sham dan Kamarul memang berlari dengan cemerlang dengan catatan masa 1 jam 55 saat berbanding aku yang mencatat 1 jam 35minit. Walaupun kalah teruk daripada segi catatan masa sekurang-kurangnya aku tahu bahawa lutut kiri aku sudah sembuh 90 peratus dan yang penting sekarang adalah mengadakan latihan di dalam jarak yang pendek tetapi kerap. Walaupun ditegur sebagai “gila” oleh orang Pahang, aku tidak mengambil pusing pendapat mereka kerana itu adalah pendapat peribadi masing-masing yang penting aku dapat memulihkan semangat dan keyakinan aku yang agak menurun selepas marathon penuh Link Ke2. Aku memberikan 3.5 bintang dari segi penganjurannya kerana berjaya mengumpul ramai atlit hingga menjadikannya "happening" , air milo, makanan, pasukan perubatan dan keramahannya pegawainya walaupun terdapat sedikit kekalutan semasa menghantar para peserta ke empat "check point" tetapi tidaklah sampai mencacatkan penganjuran larian berganti-ganti yang paling meriah setakat ini.
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:03 AM 0 comments
Labels: Larian
Friday, December 14, 2007
Tertekan betul aku dengan sikap pegawai CIMB Jalan Barat dan Jalan Tun Sambanthan yang kelihatan tidak sehaluan dalam menentukan kelayakan “signatories” untuk gaji semalam, walaupun menggunakan sistem yang sama. Mujur juga ia dapat diselesaikan sebelum pukul 4.00 petang jika tidak ada yang mengadakan demontrasi di hadapan pintu “private & confidential” aku pagi ini, al-maklumlah hampir 90 peratus kakitangan akan menerima habuan 20 peratus nilai saham yang dipegang oleh syarikat induk. Aku rasa Nik Shafini seorang pun boleh merempuh pintu kayu aku ini, selepas dipijak beramai-ramai oleh seluruh kakitangan yang berkenaan dan yang tidak berkenaan bertambahlah jumlah tulang rusuk aku dan bolehlah diiringi dengan bacaan Yassin. Banjir di Pahang bertambah teruk hinggakan Najib menimbangkan untuk meletupkan muara Sungai Pahang di Kampung Tanjung Agas bagi mengalirkan air ke laut. Entah kenapa setiap kali pertandingan di Kuantan aku akan menghadapi halangan yang amat besar seperti penangguhan pertandingan, pembatalan pertandingan, kecederaan dan cuaca buruk. Sebenarnya aku tidak mengambil pusing sangat segala halangan ini kerana aku pernah menghadapi keadaan yang lebih teruk bila
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:03 AM 0 comments
Thursday, December 13, 2007
Aku tertidur selama lebih sepuluh jam semalam membuatkan badan aku sengal-sengal pagi ini, nampaknya terpaksalah aku lupakan latihan sahaja pagi ini dengan berharap hujan turun lewat malam hari ini bukannya pada petang hari seperti selalu. Jika Kak Wan atau Kak Munah tahulah bakal menantunya ini jenis tidur sepuluh jam sehari sudah tentu aku akan awal-awal lagi terkeluar daripada senarai calon menantu pilihannya. Sekali lagi syarikat aku kononnya melakukan perkara baik tetapi cukup mengecewakan aku tahun ini, semalam diadakan majlis perpisahan dengan pengarah urusan bersama kakitangan tetapi kakitangan berjawatan cap ayam seperti Nik Shafini, Kak Aishah dan aku sendiri dipinggir dengan alasan bahawa majlis untuk kami akan diadakan pada selasa depan bersama semua kakitangan. Melalui khutbah jumaat minggu lepas keluaran JAKIM aku rasa kalau sesiapa yang tidak tidur akan tahu bahawa majlis itu hukumnya haram kerana memisahkan golongan kaya dan miskin, tetapi tidak tahu pula jika Mazhab Hitachi membenarkan perbuatan mereka!
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:16 AM 0 comments
Tuesday, December 11, 2007
Hari ini rutin aku terpaksa diubah kerana hujan hampir 12 jam setiap hari menganggu persiapan aku ke Kuantan ahad ini. Maka latihan terpaksa dilakukan sebelum aku pergi bekerja, dengan masa yang terhad dapat juga aku melakukan dengan jarak 4.4km dibawah masa 25 minit. Catatan masa itu boleh dikatakan sudah cukup baik untuk orang yang sudah lama berehat. Fadhli dihantar pergi menjalani latihan selama empat hari di Petaling Jaya itu menandakan bahawa selama ini dia tidak cukup ilmu lagi untuk menjalankan rutin kerjanya di sini. Sepatutnya jabatan yang menghantarnya menjalani latihan harus memantau pergerakannya di situ manalah tahu dia akan “curi-curi ayam” mencari kerja di tempat lain seperti
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:20 AM 0 comments
Sunday, December 09, 2007
Bila Marsha berbisik pada aku bahawa jurugambar perkahwinan Firdaus mengandaikan bahawa aku adalah pasangannya yang akan bersanding pada dua minggu lagi membuatkan aku berjalan seperti tidak memijak tanah. Aku rasa mata jurugambar yang sama akan mengambil gambar persandingan Marsha itu sudah rabun agaknya, kerana meletakkan aku bersanding dengan Marsha bolehlah diumpamakan persandingan “beauty and beast” tahun ini, silap-silap ada pula yang dengki membomohkan aku. Mentor aku yang masih belum dikalahkan lagi ini langsung tidak “control ayu” semasa berarak ke dewan kesian
Posted by Maswafi Abd Samat at 4:17 PM 0 comments
Saturday, December 08, 2007
Hari ini aku sudah boleh melepasi jarak 5 km di Bukit Cinta Damansara cuma masih terasa sengal sedikit di bahagian lutut kiri dan inilah kali pertama dalam masa tujuh tahun aku berehat lebih daripada 26 hari. Sepatutnya aku gembira dengan keadaan kesihatan aku tetapi kegagalan Aidil bersedia dari segi mental untuk memasuki larian sejauh 5km anjuran syarikatnya hari ini walaupun sudah mendaftar membuatkan aku sedikit terkilan. Kegagalan Aidil bermakna adalah kegagalan aku sebagai mentornya kerana aku bersependapat dengan Zafrul bahawa jika membawa pendaki adalah satu kejayaan dirinya jika kesemuanya berjaya ke puncak. Puas juga aku memujuknya hingga pening aku memikirkan di mana silapnya kerana latihan telah dijalankan mengikut piawai jarak tersebut. Mungkin nasihat Shahrul supaya melihat kembali sudut pandangan aku sewaktu tujuh tahun dulu ada benarnya iaitu jarak 5 km itu sangat besar untuk dicapai pada waktu itu bagi aku sendiri.
Posted by Maswafi Abd Samat at 3:30 PM 0 comments
Thursday, December 06, 2007
Hujan turun dengan lebatnya hari ini bermula dari pagi hingga ke petang, betapa kejadian agung ini tidak dapat ditahan sedikitpun oleh mahkluk ciptaan Yang Maha Esa walaupun diberikan sedikit kuasa mungkin cuma kroni Khairy Jamaluddin seperti Azam Orang Minyak mengambil kesempatan membalun harta kekayaan Malysia dengan mengambil tender membesarkan sungai. Aku pulang ke Vista Angkasa pada awal pagi dan pergi ke pejabat juga pada pagi yang sama hari ini, ini menunjukkan bahawa aku mempunyai tugas yang sangat penting harus diselesaikan segera. Tugas penting itu adalah sebenarnya tugas yang tidak masuk akal iaitu gaji harus berada di dalam poket kakitangan pada 14 haribulan pada bulan ini, macam manalah mahu menghadapi kehidupan selama 42 hari lagi sebelum menerima gaji bulan Januari!.
Posted by Maswafi Abd Samat at 6:36 PM 1 comments
Wednesday, December 05, 2007
Rasa mahu sahaja aku cili-cili mulut Nik Shafini kerana mengutuk aku kerana kesunyian, tidakkah kita harus mengambil iktibar daripada kisah Nabi Adam yang mempunyai segalanya di syurga namun masih kesunyian kerana tiada berteman maka Yang Maha Esa mencipta Hawa dari tulang rusuknya bagi memecah kesunyian. Fadhli sudahpun mengambil cuti sakitnya yang pertama bulan ini kerana tidak tahan dengan bebanan kerja al-maklumlah
Fendi sudah tidak pergi ke kuliah selepas Hari Raya hinggakan bapanya menghantar abangnya ke rumah aku semalam mencarinya. Apa masalahnya aku sendiri tidak tahu yang pasti kami serumah tiada mempunyai masalah antara satu sama lain. Cuma sejak akhir-akhir ini dia asyik bercerita tentang mempertahankan maruah, bunyinya seperti dia akan bergaduh secara berkumpulan.
Posted by Maswafi Abd Samat at 7:49 AM 0 comments
Monday, December 03, 2007
Setakat ini hanya Nuang sahaja yang dapat menidurkan dengan lena dari pukul 8.30 malam semalam hingga 5 pagi hari ini, walaupun pendakian aku ,
Posted by Maswafi Abd Samat at 8:12 AM 0 comments
Labels: Gunung