10 Budak Hitam
11 budak kampung aku pergi bersuka ria dengan menaiki 10 biji motor ke Teluk Intan pada Hari Raya Ketiga tahun 2000 tetapi yang tragis hanya 10 budak hitam yang berjaya pulang kerumah di mana seorang menjadi arwah di Hospital Teluk Intan. 10 budak hitam ini akan bercerita skrip yang sama tanpa diubah sedikitpun walaupun ditanya berulang kali iaitu konon-kononnya arwah telah dilanggar oleh sebuah kereta dan pemandu kereta itu melarikan diri, dan langsung mereka sugguh tergamam tanpa dapat berbuat apa-apa walaupun mengingat ataupun mengecam sedikitpun aksara nombor pendaftaran kereta itu apatah lagi mengejar kereta itu walaupun aku rasa motor mereka lebih laju daripada kereta yang tidak wujud itu. Hanya Allah, pemandu kereta yang tidak wujud dan 10 budak hitam ini yang tahu apa kisah yang sebenarnya dan rahsia itu tidak pernah pun sekali berjaya dibongkar kerana mereka mungkin telah berikrar setia seperti ikrar tangan kanan Pian kepada Pak Arshad untuk tidak mandi sungai lagi. Kalau adik aku salah seorang daripada budak hitam ni dah lama aku rendam separuh nyawa di Sungai Sungkai supaya mengaku cerita yang benar seperti Sarman yang berbadan besar sekarang bekerja di Motorola Kelana Jaya itu merendam aku separuh nyawa masa di tingkatan lima gara-gara aku menarik seluar pendeknya hingga menampakkan anunya semasa mandi sungai.
No comments:
Post a Comment