Belia Menopause
Entah siapa yang wujudkan Hari Belia ini, adakah dakyah Yahudi seperti kata Mat Khairi ataupun taukeh kedai pakaian yang akan mendapat habuan setiap kali perhimpunan Hari Belia diadakan. Pernah dua tahun aku menjadi Setiausaha Kerja Majlis Belia Daerah Batang Padang sebelum aku berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 2000. Pada hemat aku Persatuan Belia cuma batu loncatan ahli-ahli politik yang berangan-angan untuk menjadi Yang Berhormat seperti Tajol Rosli dan Ali Rustam yang merupakan tokoh belia yang hebat pada masa dahulu. Bayangkanlah bagaimana hampir semua pengerusi persatuan belia berumur antara 50 ke atas. Merah padam muka mereka apabila aku menamakan mereka sebagai “Belia Menopause” semasa aku berpeluang menjadi “emcee” di Grik dahulu, padan muka mereka dan muka-muka aku sekali kerana celupar sangat. Sebagai meyambut cabaran aku, mereka berjaya menubuhkan Persatuan Belia 4B Veteran Batang Batang yang pertama seumpamanya di Malaysia dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Negeri. Syabas! Kenapa tidak diletakkan aje nama Persatuan Belia Menopause Batang Padang kan lebih jelas maksudnya!.
No comments:
Post a Comment