Semulia-mulia pekerjaan
Bila aku menanyakan Mat Khairi siapakah yang menciptakan Hari Guru, dia tiada jawapannya kerana ia diadakan dengan tujuan yang murni, tiada siapa yang akan mendapat keuntungan daripada penganjuran Hari Guru baik taukeh balak, pemandu teksi ataupun taukeh kedai kek. Pernah aku di dekati oleh seorang guru yang mengajar di Shah Alam yang mengatakan jadi guru miskin hingga dia terpaksa menjual nasi lemak dan burger berbanding dengan perniagaan "Direct Selling" yang diceburinya sekarang. Tidak semena-mena cikgu yang mahu mengesyorkan produknya ditarbiyah oleh aku, aku menasihatkan dia supaya berhenti menjadi cikgu dan tumpukan kepada kerjaya "Direct Selling" kerana ia adalah semulia-mulia pekerjaan yang tidak mampu aku laksanakan. Maka merah padam muka cikgu ni mungkin kerana marah pada aku ataupun tidak sanggup berhenti menjadi cikgu yang boleh tahan juga gajinya berbanding menjual nasi lemak. Ariffin yang mengajar di Bukit Kayu Hitam dan Tengku yang mengajar di Klang antara kawan aku yang komited mengajar walaupun kadang-kala terdengar rungutan kecil tentang karenah pelajar mereka. Selamat Hari Guru! untuk Ariffin dan Tengku.
No comments:
Post a Comment