Friday, May 26, 2006

Komputer itu Rosak Lagi


Power Supply, CD Rom Acer, DVD Writer Asus, Monitor 21" Samsung antara barang komputer yang "syahid" kerana sentuhan Zaini. Kerana dia, aku dan Ari terpaksa "bekerja shif" untuk memastikan ketulenan Zaini bermain game "Red Alert" tanpa henti selama 36 jam, yang menariknya selama 36 jam itu dia hanya minum air dan kencing sahaja serta rekod itu tidak pernah dapat dipecahkan. Sudah seminggu Zaini menunjukkan muka selsema burung, rupa-rupanya Kad Grafik G-Force juga telah "syahid". Sudah tiga hari juga dia membuka dan memasang kembali Kad Grafik G-Force dengan harapan komputer itu akan berfungsi semula tapi gagal mungkin kerana tiada mandrem dalam sentuhannya itu. Sebenarnya bukannya mahalpun Kad Grafik G-Force itu dalam sekitar RM 150.00 tetapi oleh kerana telah terbiasa barang yang dibeli "syahid" dalam tempoh jaminan maka seperti kucing nak terberanaknya ia membaiki Kad Grafik G-Force yang telah tamat tempoh jaminannya. Sekarang aku pula terkena selsema burung kerana dia sudah mula mengganggu kehidupan aku setelah ketiadaan komputer untuk menghibur masa lapang.

No comments: