Hari ini aku kalah sekali lagi dengan cuaca hujan lebat beserta dengan kilatnya sewaktu berjoging ke Pusat Akuatik Paroi melalui Kg. Jiboi, seolah-olah hujan tidak merestui aktiviti aku sehari dua ini. Semalam aku gagal membawa Ali yang sudah lemah ke puncak Angsi walaupun cuma tinggal 10 minit perjalanan akibat keadaan yang sama. Mujur sepuluh pendaki lain yang di kepalai Tom berjaya sampai ke puncak dalam masa 1 jam 30 minit walaupun tidak sempat menikmati keindahan bandar Senawang kerana kabus dan terpaksa turun awal daripada jadual asal akibat kilat sabung-menyabung. Aku berpuas-hati dengan program gunung semalam kerana ia adalah yang paling ramai setakat ini semenjak aku berada di Seremban walaupun tanpa membuat kertas kerja dan ramai pihak yang menyokong usaha aku.
No comments:
Post a Comment