Sunday, May 10, 2009

Nganga Tiau


Walaupun Nganga Tiau cuma terletak 56km dari Bandar Kapit perjalanan dirasakan amat jauh kerana memakan masa selama 5 jam setelah melalui Batang Rajang, Batang Baleh dan Sungai Mujong untuk sampai ke situ. Jika di buat perbandingan Segaham yang terletak 41km dari pekan Belaga yang sangat kecil itupun cuma memakan masa selama sejam sahaja. Penggunaan minyak juga sangat banyak untuk satu perjalanan iaitu 40 gelen jika ditukar dengan duit kurang lebih RM400. Guru-guru di sini membayar RM160.00 sebulan untuk sewa perahu bagi membolehkan mereka keluar ke Kapit untuk segala urusan sebanyak tiga kali sebulan ini aku rasakan sangat berbaloi sekali.

-

Walaupun air Sg. Mujong sangat jernih seperti air di Pangsun ia mengundang bahaya kepada perahu terutama pada musim kemarau kerana batu-batunya dan tidak cukup jari pada tangan kami untuk mengira sudah berapa kali kami terpaksa turun dan menolak perahu. Keadaan Batang Baleh sangat pelik seperti medan perang kerana kelihatan sebuah tongkang yang tersangkut pada dasar sungai yang cetek dan sebuah tongkang yang karam kerana arus deras.

-

Terdapat perbezaan yang jelas di antara penempatan Orang Ulu dengan orang Iban dimana penempatan Orang Ulu terletak bersebelahan dengan Batang Rajang (sungai utama) manakala orang Iban bermukim di sungai-sungai yang kecil seperti Sg. Tiau yang sangat hulu sifatnya.

2 comments:

Pakwar said...

tahniah mas, orang seperti anda selayaknya menjadi guru. Teruskan perjuangan mendidik anak bangsa

Maswafi Abd Samat said...

Hmmm... terima kasih, abang lagi berpengalaman di sitok.