Saturday, May 23, 2009

Pagi yang sangat memenatkan kerana sudah hampir seminggu melakukan pelbagai kerja-kerja untuk Pesta Pra-Gawai semalam. Semuanya berjalan lancar cuma acara Ranyai ada cela yang sangat besar kerana membiarkan Mat Salleh yang tidak tahu adab melakukannya nasib baik tidak terpenggal kepala orang lain. Secara terus terang acara ini lebih baik dilakukan di kawasan masyarakat Iban itu sendiri kerana nampak lebih realistik dan terkenal dengan indah seni parang ilangnya semasa meranyai, lagipun masyarakat Orang Ulu di sini tidak menyambut Pesta Gawai melainkan Krismas sebagai hari kebesaran.

Menyambut pesta hingga ke subuh adalah perkara biasa cuma aku seperti biasa tidak dapat menyesuaikan diri dengan budaya seperti itu yang tidak sesuai dengan orang Melayu. Pernyertaan aku hanya sekadar untuk mengetahui kesaratan budaya di sini, seperti biasa aku tidak dapat menahan panggilan bantal pelukku apabila jam tag heuer chap ayam aku menunjukkan pukul 2 pagi. Pelancong asing yang datang ke sini semalam agak terkejut bagaimana kerajaan menghantar guru beragama Islam ke kawasan yang penduduknya majoriti beragama Kristian. Bukannya senang untuk mencapai satu Bangsa Malaysia mesti ada yang perlu berkorban sedikit walaupun pahit.


Persetankan dengan semua itu bila ada perempuan tua yang datang kepadaku mengatakan anaknya Temong seorang tentera yang bertugas di Semenanjung mempunyai iras muka seperti aku. Perempuan tua itu yang tidak mahu memberitahu namanya bila ditanya tidak diketahui pula puncanya namun ia dikenali sebagai Mak Rossa. Walaupun mukanya tidak seperti muka Makcik Mah di kampung namun rasanya kami bertiga mempunyai warna kulit yang sama iaitu sawo matang. Aku mendiamkan sahaja perkara ini walaupun sudah mengetahuinya beberapa bulan yang lalu melalui cakap-cakap orang kampong yang mengusik aku.



2 comments:

Pakwar said...

Saya pernah menyambut hari raya di Long Busang, penempatan kaum kenyah yg mana serpihannya telah berpindah ke data kakus. Setiap masa ada saja orang islam yg bertukar agama kepada kristian. Sedih rasa mengingatkan Nora yg skrg sudah menjadi penganut kristian

Maswafi Abd Samat said...

Kawan aku berada di sana, setakat hari ini islam diamalkan dengan baik cuma tidak dapat bersembahyang berjemaah walaupun ada masjid kerana tak cukup syarat (bilangan makmum). Ada ustaz yang menjaga mereka sekarang harapnya tiada berlaku seperti itu lagi. Satu-satunya penempatan Kenyah yang mempunyai penduduk Islam teramai di Kapit.